Berita Auto

Honda Malaysia Raikan Pencapaian Bersejarah Pengeluaran ke-600,000 Unit

Honda Malaysia hari ini meraikan pencapaian bersejarah apabila kilangnya di Pegoh, Melaka mencatat pengeluaran yang ke-600,000 unit. Dalam majlis yang sama, syarikat itu turut mengumumkan pencapaian jualan 100,000 unit untuk tahun kewangan semasa (1 April 2016 – 31 Mac 2017), biarpun di sebalik situasi pasaran yang cukup mencabar tahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pengeluaran ke-600,000 unit dicapai dalam tempoh 14 tahun sejak Honda Malaysia memulakan operasi pemasangan tempatan di kilangnya di Pegoh. Buat masa sekarang, syarikat itu mempunyai dua saluran pengeluaran di kilang ini. Saluran pengeluaran No.1 memulakan operasi pada tahun 2003, manakala saluran pengeluaran No.2 pula memulakan operasi pada tahun 2014.

Hari ini, kedua-dua saluran pengeluaran tersebut menghasilkan tujuh model demi memenuhi keperluan pelanggan yang lebih luas iaitu Accord, City, Civic, CR-V, Jazz, HR-V dan BR-V.

Honda BR-V Launch 20

Dilengkapi teknologi canggih, kilang Pegoh dibina dengan kapasiti pengeluaran fleksibel yang mampu menghasilkan pelbagai model pada satu-satu masa bagi memenuhi permintaan pasaran dengan tempoh menunggu yang lebih singkat walaupun menerima tempahan secara mendadak. Sebagai contoh, tempoh menunggu untuk model BR-V kini cuma satu hingga dua bulan sahaja, walaupun ia menerima tempahan hampir 10,000 unit, iaitu 12 kali sasaran jualan bulanannya.

Antara teknologi terkini yang digunakan di kilang Pegoh termasuklah mesin kimpalan pintar (smart welding machine) automatik untuk menghasilkan kerangka badan bertegaran tinggi dengan menggunakan material berkualiti tinggi.

Pix 7

Selain itu, terdapat juga robot-robot penyembur (spray robots) dan lapisan bahagian bawah kenderaan (under body coating) yang meningkatkan kualiti cat badan dan memastikan ketebalan lapisan cat yang tepat. Trek ujian sepanjang 2.1 km pula membolehkan setiap kenderaan yang dikeluarkan menjalani ujian yang teliti bagi memastikan ia memenuhi kualiti dan standard jalan raya Malaysia.

Kenderaan ke-600,000 unit yang dikeluarkan di saluran pengeluaran No.2 di kilang tersebut ialah sebuah City baharu, satu model penting dan signifikan buat Honda Malaysia. City ialah model penyumbang jualan terbesar berikutan penerimaan luar biasa dan sambutan baik oleh rakyat Malaysia, sekali gus menjadikannya peneraju segmen B untuk dua tahun berturut-turut.

 

 

Previous post

Lexus NX Baharu Akan Diperkenalkan di Auto Shanghai 2017

Next post

Ingat lagi Nissan Terrano? Mungkinkah Ia Akan Muncul Kembali?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *