Berita Auto

Goodyear Diiktiraf Pengeluar Tayar Paling Dikagumi oleh Majalah Fortune

Goodyear, untuk tahun kelima berturut-turut, telah diiktiraf sebagai pembuat tayar paling dikagumi di dunia oleh majalah Fortune. Antara syarikat-syarikat “Motor Vehicles Part” yang bertanding, Goodyear menduduki tempat pertama bagi syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan tempat kedua keseluruhan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Selain itu, Goodyear mendapat tempat kedua dalam enam daripada sembilan kategori yang diadili, dan tempat ketiga bagi tiga kategori selebihnya. Syarikat itu juga berjaya mengatasi pesaing-pesaing utama mereka dalam tujuh daripada sembilan kategori tersebut, dan dari segi markah keseluruhan.

Dimulakan pada tahun 1983, anugerah Fortune tersebut dianggap sebagai kad laporan bagi reputasi syarikat-syarikat korporat. Ia menggunakan penilaian yang ketat dari 3,800 kakitangan eksekutif, pengarah lembaga dan penganalisis untuk menentukan pencapaian syarikat dari segi inovasi, pengurusan kakitangan dan aset, tanggungjawab sosial, kualiti pengurusan, keadaan kewangan, pelaburan jangka panjang, kualiti produk dan servis, serta daya saing global.

Senarai penuh berserta kategori-kategori yang dipertandingkan serta kisah-kisah berkaitan akan muncul dalam majalah Fortune isu bulan Mac yang akan dijual bermula 20 Mac, serta di laman web rasmi majalah tersebut. Diterbitkan sejak tahun 1930, Fortune adalah salah satu majalah perniagaan terkemuka di dunia.

Previous post

Aston Martin Namakan AM-RB 001nya ‘Valkyrie’

Next post

Video Volkswagen Arteon

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *