Cerita Auto

Decha Terpantas Ujian Pra-Musim ARRC

Pelumba Yamaha Thailand Racing Team, Decha Kraisart menamatkan sesi ujian pra-musim Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) dengan muncul sebagai pelumba terpantas dalam saingan SuperSports 600cc yang berakhir di Litar Johor, Pasir Gudang, hari ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Juara dua kali ARRC itu mencatat masa terbaik 1’31.051s, menghampiri catatan terpantas litar 1’31.016s milik Md Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda Racing) yang dilakukan pada musim 2016.

Juara bertahan, Zaqhwan yang menguasai hari pertama semalam kekal memberikan aksi bertenaga apabila muncul pelumba kedua terpantas dengan masa 1’31.381s diikuti seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman (Manual Tech Kawasaki Racing), dengan masa 1’31.441s.

Azlan in action

“Kempen kami pada musim lepas tidak begitu baik pada peringkat awal musim. Saya hanya tamat di kedudukan ke-12 dalam Perlumbaan 2 dan gagal menamatkan perlumbaan sewaktu Perlumbaan 1 di litar ini. Namun, menjelang pertengahan musim, kami mencapai prestasi terbaik dan diteruskan pada hari ini. Saya berharap dapat tampil cemerlang mengutip seberapa banyak mata apabila turun beraksi pada pusingan pertama yang akan bermula di sini dua minggu lagi,” jelas pelumba berusia 36 tahun itu.

Pasukan Yamaha Thailand Racing turut memperaga aksi bertenaga di dalam kelas Asia Production 250cc apabila Anupab Sarmoon muncul pelumba terpanta dengan catatan 1’43.469s sekaligus membuktikan dia berupaya menggalas tugas selaku pelumba utama menggantikan juara 2016, Apiwat Wongthananon yang beralih ke saingan Moto3 di Sepanyol.

Zaqhwan in action

Duo Astra Honda Racing, Rheza Danica Ahrens dan Gerry Salim mencatat masa kedua dan ketiga terpantas dengan masa 1’43.536s dan 1’44.432s.

Dalam saingan Underbone 150cc, pelumba RCB Motobatt Yamaha YY Pang, Md Azhar Abdul Jalil dan Tengku Amirul Haffirudin mendahului lain-lain pelumba dengan masa 1’48.907s dan 1’49.127s diikuti pelumba rookie, Md Helmi Azman dari pasukan TKKR Onexox Racing dengan masa 1’49.251s.

 

Keputusan Ujian Pra-Musim ARRC:

SuperSports 600cc

1. Decha Kraisart (THA) Yamaha 1’31.051s

2. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 1’31.381s

3. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 1’31.441s

4. Chalermpol Polamai (THA) Yamaha 1’31.871s

5. Taiga Hada (JPN) Honda 1’32.045s

 

Asia Production 250cc

1. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 1’43.469s

2. Rheza Danica Ahrens (INA) Honda 1’43.536s

3. Gerry Salim (INA) Honda 1’43.555s

4. Peerapong Loiboonpeng (THA) Yamaha 1’44.432s

5. Galang Hendra Pratama (INA) Yamaha 1’44.520s

 

Underbone 150cc

1. Azhar Abd Jalil (MAS) Yamaha 1’48.907s

2. Tengku Amirul Haffirudin (MAS) Yamaha 1’49.127s

3. Md Helmi Azman (MAS) Yamaha 1’49.251s

4. Md Muzakkir Mohamed (MAS) Honda 1’49.413s

5. Md Adib Rosley (MAS) Yamaha 1’49.522s

Previous post

Kategori Baharu, Litar Selatan Jadi Tarikan Pusingan Pembukaan MSBK

Next post

Bentuk Kabin Yang Akan Datang Dari Renault

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *