Berita Auto

5 Mod Pemanduan Ford GT Yang Anda Perlu Tahu

Berbekalkan 647 hp, 745 Nm tork dan badan yang diperbuat daripada gentian karbon, tidak hairanlah jika Ford GT baharu mempunyai perwatakan liar yang mungkin membuatkannya sukar dikawal. Namun begitu, Ford telah meletakkan lima mod pemanduan bagi memastikan yang supercar ini boleh dipandu dan dinikmati sepenuhnya oleh para pemilik.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Mod ‘Normal’

Dibangunkan khas untuk pembangunan seharian, mod ini menawarkan ruang lega bumi (ground clearance) setinggi 120 mm, tetapan standard bagi transmisi dan pendikit, serta kawalan cengkaman dan kestabilan yang tidak boleh diubah. Sayap belakang pula dinaikkan pada kelajuan 144 km/j dan diturunkan semula pada kelajuan 130 km/h. Dalam keadaan membrek secara agresif, sayap akan digunakan sebagai brek udara.

Bagi mod Normal dan Wet, sistem suspensi selesa boleh diaktifkan dengan hanya menekan butang.

All-NewFordGT_13_HR

Mod ‘Wet’

Mod yang sesuai digunakan untuk permukaan basah dan licin ini menampilkan tetapan yang sama dengan mod Normal, kecuali kawalan pendikitnya yang dihadkan bagi mengelakkan kenderaan daripada tergelincir.

Mod ‘Sport’

Jika diaktifkan, pendikit akan menjadi lebih responsif bagi memaanfatkan kuasa dari enjin 3.5-liter V6 dwi turbo sepenuhnya. Ia juga akan mengaktifkan sistem ‘anti-lag’ yang dibangunkan menerusi jentera lumba GT yang digunakan dalam kejohanan Le Mans.

Ruang lega bumi kekal pada 120 mm, namun ciri-ciri berorientasikan keselesaan yang lain tidak lagi ditawarkan. Kawalan cengkaman dan kestabilan boleh diubah menerusi tiga tetapan yang disediakan. Penukaran gear dan penggunaan klac dilakukan dengan lebih pantas dan agresif bagi memastikan pecutan maksimum.

All-NewFordGT_09_HR

Mod ‘Track’

Mod ini dibangunkan khas untuk pemanduan di litar lumba dan tidak sesuai untuk digunakan di jalan raya. Ia hanya boleh diaktifkan dengan transmisi dalam kedudukan P iaitu parkir.

Kenderaan akan direndahkan sebanyak 50 mm, manakala spring suspensi menjadi lebih keras. Sayap belakang dinaikkan, manakala bukaan aerodinamik pada bahagian hadapan ditutup bagi memastikan downforce berada pada tahap maksimum. Semua ini berlaku dalam masa dua saat selepas butang pada roda stereng ditekan.

Mod ‘V-Max’

Singkatan untuk “maximum velocity” atau halaju maksimum, mod V-Max ditala bagi membolehkan GT memecut selaju mungkin. Seperti Track, ia hanya boleh diaktifkan jika kenderaan berada pada kedudukan parkir. Ruang lega bumi adalah sama dengan mod Track, namun semua elemen aerodinamik tidak digunakan bagi mengurangkan daya seretan. Kawalan kestabilan juga kekal aktif.

All-NewFordGT_21_HR

Selain daripada kelima-lima mod tersebut, Ford GT juga dilengkapi dengan sistem Launch Control yang boleh diaktifkan melalui butang pada roda stereng. Apabila ditekan, logo “LC” berwarna putih akan menyala. Pemandu hanya perlu menekan brek dengan menggunakan kaki kiri, manakala kaki kanan pula menekan pendikit sepenuhnya. Sebaik sahaja logo tersebut bertukar menjadi warna hijau, pemandu hanya perlu melepaskan brek dan kereta akan memecut laju.

 

 

Previous post

Nissan GT-R Track Edition - Senjata Litar Dengan Komponen NISMO

Next post

Ford Kuga RS Dalam Perjalanan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *