Motosikal / Lain Lain Roda

MForce Bike Holdings Dilantik Pengedar Rasmi Benelli di Malaysia

Benelli hari ini mengumumkan pelantikan MForce Bike Holdings sebagai pengedar motosikalnya di Malaysia bermula 1 Februari 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Melalui perjanjian yang ditandatangani, MForce Bike Holdings kini akan memasang, mengedar serta menyediakan perkhidmatan pasca jualan dan alat ganti bagi semua produk Benelli yang dijual di negara ini.

Asri Ahmad, Pengurus Jualan Nasional MForce memberi jaminan bahawa pemilik Benelli sedia ada akan terus menikmati faedah serta perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat itu. Malah, pusat-pusat service MForce di seluruh negara juga akan menyediakan khidmat penyelenggaraan bagi motosikal Benelli yang dijual bermula Mac ini.

Benelli 302R RED R lr

Syarikat itu akan menyediakan peruntukan besar bagi tujuan promosi produk. Acara-acara promosi, pertunjukkan serta strategi pemasaran kini dalam perancangan dan akan dilaksanakan sewajarnya bagi meningkatkan pendedahan jenama. Pemilik individu serta kelab pemilik Benelli digesa untuk terus menghubungi ibu pejabat di talian 04-5541777 (Paul) bagi pendaftaran untuk dihubungi bagi menghadiri acara-acara Benelli pada masa hadapan.

Benelli TRK 502

Bagi mengembangkan barisan produknya, MForce Bike Holdings turut akan melancarkan beberapa model terkini termasuk Leoncino 500, 302R, TRK 502 dan kapcai pertama Benelli pada bulan April tahun ini. Ia menampilkan enjin sejukan cecair bersesaran 150 cc yang dilengkapi dengan teknologi suntikan bahan api, serta kotak gear enam kelajuan. Menurut Benelli, motosikal itu telah diuji sejauh 20,000 km bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Previous post

BMW M760Li xDrive Duduki Takhta 7 Series Dengan Enjin V12

Next post

Boon Siew Lancar Honda Wave Dash Fi Limited Edition

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *