Berita Auto

Mercedes-Benz E 300 AMG Line Kini di Malaysia

Mercedes-Benz melengkapkan barisan E-Class (W213) yang pertama kali diperkenalkan pada bulan Jun tahun lalu dengan pelancaran E 300 AMG Line. Varian tertinggi itu dijual pada harga RM458,888, iaitu RM33,000 lebih mahal berbanding E 250 Exclusive.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti varian E-Class yang lain, E 300 didatangkan dengan enjin petrol turbo bersesaran 2.0 liter empat silinder yang sama, namun kuasa telah dipertingkatkan sehingga 245 hp pada 5,500 rpm dan 370 Nm dari 1,200 – 4,000 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik 9 kelajuan yang menyalurkan kuasa ke gandar belakang.

Mercedes-Benz E 300 AMG Line (35)

Tidak menghairankan yang ia muncul sebagai varian terpantas E-Class setakat ini dengan masa pecutan 0 – 100 km/j 6.2 saat dan kelajuan maksimum 250 km/j.

Mercedes-Benz E 300 AMG Line (3)

E 300 didatangkan dengan pelbagai kelengkapan AMG Line, antaranya kit badan, roda aloi ringan bersaiz 19 inci serta suspensi Agility Control yang direndahkan. Ia juga mempunyai lampu utama Multibeam LED yang menggunakan 84 buah mentol LED berprestasi tinggi.

Mercedes-Benz E 300 AMG Line (22)

Di dalam kabin, sedan tersebut menampilkan stereng sport AMG, tempat duduk sport serta pedal dan tikar AMG. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan seperti kawalan iklim automatik, pengecas wayarles, pakej Keyless Go, pakej Parking dengan ciri Parking Pilot dan kamera 360°, serta Head-up Display.

Mercedes-Benz E 300 AMG Line (24)

Aspek infotainment pula terdiri dari sistem Comand Online yang merangkumi paparan 12.3 inci, kawalan sensitif sentuhan pada stereng dan juga butang kawalan pada konsol tengah. Ia boleh disambungkan ke telefon pintar menerusi Apple CarPlay atau Android Auto.

Mercedes-Benz E 300 AMG Line (4)

Juga terdapat sistem bunyi surround Burmester yang mempunyai 13 buah pembesar suara dan amplifier DSP dengan 9 saluran dan jumlah kuasa sehingga 640 watt.

 

Previous post

Video Ujian Musim Sejuk BMW 8 Series 2018

Next post

Polo Storico Pulihkan Semula Lamborghini 350 GT

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *