Cerita Auto

McLaren Super Series Generasi Kedua Bakal Hadir Dengan Kawalan Casis Proaktif dan Mod Drift

Model McLaren Super Series generasi kedua yang akan diperkenalkan di Geneva Motor Show pada bulan Mac ini bakal menjadi penanda aras baru dalam aspek pengendalian di selekoh, keseronokan pemandu serta keselesaan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Melalui Proactive Chassis Control II, pemandu boleh memilih antara mod Comfort, Sport atau Track untuk keseimbangan cengkaman, respon serta keselesaan yang optimum mengikut keadaan pemanduan.

Berbanding versi terdahulu, Proactive Chassis Control II menggunakan 12 lebih banyak sensor, termasuk accelerometer pada setiap hab roda untuk ‘membaca’ input dari permukaan jalan serta mengukur titik sentuhan tayar. Algoritma Optimal Controller akan menganalisa maklumat yang diperoleh seterusnya mengoptimumkan redaman suspensi sewajarnya.

“Proactive Chassis Control II menjana banyak cengkaman tambahan, namun tanpa menjejaskan keseimbangan dan ‘feel’ kereta tersebut,” kata Mark Vinnels, Pengarah Eksekutif Pembangunan Produk McLaren.

Satu lagi ciri tambahan baru iaitu Variable Drift Control pula membolehkan pemandu melakukan aksi drift dengan mengubah tahap kawalan Electronic Stability Control kenderaan melalui paparan infotainment.

 

Previous post

Abdul Rashid Musa Dilantik Sebagai Ketua Eksekutif Proton Edar

Next post

Range Rover Velar Untuk menyaingi X4, GLC Dan Macan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *