Cerita Auto

BHPetrol Sampaikan Hadiah Pertandingan ‘Menangi Superbike’ dan ‘Beli & Menang’

Boustead Petroleum Marketing baru-baru ini menyampaikan hadiah kepada para pemenang dua pertandingan yang dianjurkannya akhir tahun lalu di satu majlis yang diadakan di stesen BHPetrol Kg Sg Kayu Ara, Petaling Jaya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pertandingan Menangi Superbike dan Beli & Menang itu diadakan sepanjang November dan Disember 2016 di kesemua kedai BHPetromart. Ia adalah salah satu cara BHPetrol untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang telah memberi sokongan kepada kempen-kempen yang dijalankan.

Pemenang pertandingan Menangi Superbike yang diadakan dari 1 November hingga 31 Disember dimenangi oleh Mohamad Farid Mohd Yazid dari Yong Peng, Johor yang membawa pulang sebuah motosikal Yamaha YZF-R1. Selain itu, dua unit mini bike, dua telefon pintar Samsung Note 5 dan 100 helai T-Shirt Drive M7 turut disampaikan kepada para pemenang lain. Pertandingan tersebut terbuka kepada pelanggan yang membeli produk Drive M7 atau Digi Prepaid.

Beli & Menang winners group photo high res.jpg

Pertandingan Beli & Menang pula menyaksikan 72 pemenang mendapat hadiah-hadiah menarik seperti Ipad Air, Fitbit Blaze, fon kepala JBL dan kad Touch N’ Go bernilai RM100 setiap satu. Untuk menyertai, pelanggan perlu membeli produk-produk seperti ais-krim Milo, Tropicana Twister, Revive, Calpis dan Kinder Joy pada harga promosi.

Kedua-dua pertandingan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai dan telah berjaya menarik ribuan penyertaan.

Hadiah disampaikan oleh Baba Tan, Pengurus Pemasaran Kanan Boustead Petroleum Marketing bersama-sama dengan wakil-wakil dari penaja yang terlibat iaitu Digi Telecommunications, Mutiara Food & Drinks Sdn Bhd – Drive M7, Etika Sdn Bhd, GBA Corporation Sdn Bhd dan Nestle Products Sdn Bhd.

 

Previous post

Shell Malaysia Lancar Minyak 'Anti Penuaan' Untuk Kenderaan Dengan Perbatuan Tinggi

Next post

Opel & Vauxhall Untuk Dijual Dan PSA Menunjuk Minat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *