Cerita Auto

Audi RS3 Sportback Pelengkap Keluarga RS

Selepas memperkenalkan RS3 Sedan di Paris Motor Show 2016, Audi akan ke Geneva Motor Show pada bulan Mac ini bagi pelancaran RS3 Sportback sebagai pelengkap barisan kenderaan berprestasi tingginya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sama seperti kembar sedannya, RS3 Sportback menampilkan enjin TFSI 2.5-liter lima silinder yang menjana 400 hp (33 hp lebih dari enjin terdahulu) dan 480 Nm. Dengan penggunaan kotak engkol aluminium dan pelbagai peningkatan lain, enjin baru ini juga 26 kg lebih ringan.

???????????????????

Memanfaatkan gabungan kotak gear S tronic tujuh-kelajuan dan pacuan empat roda quattro, ‘hot hatch’ ini mampu memecut dari 0 – 100 km/j dalam 4.1 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 250 km/j. Penghad kelajuannya boleh ditingkatkan sehingga 280 km/j atas permintaan.

Pemandu boleh menetapkan transmisi, pengurusan enjin, stereng, penutup ekzos, dan suspensi sport RS dengan Adaptive Damper Control (ditawarkan secara berasingan) boleh dilakukan menerusi tiga mod iaitu Comfort, Auto dan Dynamic. Pengendalian RS3 Sportback diperkemaskan lagi dengan ESC yang merangkumi kawalan tork serta mod sport.

???????????????????

Berbanding A3, RS3 adalah 25 mm lebih rendah manakala gandar depannya juga 20 mm lebih lebar. Ia didatangkan standard dengan roda 19 inci yang dibalut tayar bersaiz 235/35 serta cakera brek 310 mm di keempat-empat sudut. Sebagai pilihan, Audi turut menawarkan cakera brek seramik-karbon untuk gandar depan.

Sesuai dengan kuasanya, RS3 Sportback tampil dengan rupa agresif yang merangkumi gril hitam berkilat, gerbang roda lebar serta bukaan udara yang lebih besar. Di belakangnya pula terdapat spoiler bumbung RS, diffuser serta ekzos RS. Ia didatangkan standard dengan lampu LED, namun pembeli boleh juga memilih lampu LED matrix.

???????????????????

Kabin RS3 dihiasi dengan kemasan kulit Nappa, namun untuk suasana yang lebih sporty, pelanggan boleh memesan tempat duduk RS untuk pemandu dan penumpang hadapan. Ia turut menampilkan roda stereng kulit yang dilengkapi dengan punat kawalan sistem infotainment.

Info seperti penunjuk tekanan boost, termometer minyak dan lap timer dipaparkan di tengah-tengah panel instrumen. Audi virtual cockpit dengan paparan digital sepenuhnya juga boleh dipesan bagi model ini. Ia menampilkan skrin RS khas yang menampilkan tachometer di tengah bersama-sama dengan info seperti bacaan tork, g-force dan tekanan tayar.

Audi RS3 Sportback 02

Previous post

Aksi Kejar Mengejar Kereta Terbaik: Nightcrawler (2014) dengan SRT8 Dodge Challenger 392

Next post

VIDEO: Hyundai Accent 2018 Bakal Muncul Tidak Lama Lagi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *