Cerita Auto

5 Sebab Mengapa Geely Patut Jadi Rakan Kongsi Proton

Mari kita lihat ini dari sudut pandangan perniagaan.

Kita ketepikan semua perasaan emosi dan patriotik kita mengenai Proton dan berfikir tentang pekerjaan ramai yang dipertaruhkan. Berikut adalah 5 sebab kukuh mengapa kita fikir Geely akan memjadi rakan hebat untuk Proton.

 

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

  1. Geely membeli masuk kedalam Volvo Cars Sweden dan lihatlah keuntungan mereka hari ini. Apabila Ford dan Land Rover miliki Volvo tahun dahulu mereka hanya gunakan penyelidikan dan pembangunan Volvo untuk membuat jenama mereka sendiri yang lebih kukuh.
  2. Geely melabur berbilion-bilion ke dalam Volvo Cars dan membangunkan produk-produk baru yang menarik seperti XC90 baru dan S90 sedan mewah yang tidak lama lagi akan dilancarkan. Ini boleh berlaku kepada Proton dan juga Geely perlu mempunyai kereta untuk segman kecil dan sederhana seperti mana Volvo Cars dengan segmen premium mereka.
  3. Geely akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dengan pelaburan ini dan ianya tidak masuk akal untuk menolak mereka kerana mereka mungkin mengambil pelaburan mereka ke Thailand atau Indonesia yang telah mendapat manfaat sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana pasaran automotif tertutop kita.
  4. Geely akan membantu membawa kereta Proton ke China secara besar-besaran. percubaan sebelumnya oleh Proton untuk menjual kereta di China telah agak suram. Jika kereta Proton mula dijual melalui rangkaian Geely di China ia boleh menjadi amat menguntungkan bagi Proton dan Malaysia dalam jangka masa panjang.
  5. Geely boleh lama-kelamaan mempunyai teknologi Volvo dan enjin ‘e Drive’ mereka dipasang ke dalam kereta Proton dan ini boleh meningkatkan jualan dan juga meningkatkan industri pembuatan alatan tempatan.

 

 

 

Previous post

Tidak Ramai Pemilik Kereta Yang Sebegini Gembira Buat Masa Ini

Next post

Triumph Motorcycles Malaysia Umum Harga Model 2017

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *