Motosikal

Motosikal Elektrik Alta Motors Redshift ST

Alta Motorcycles yang berpangkalan di San Francisco, California merupakan sebuah pengeluar motosikal elektrik yang sedang membangun. Mempunyai dua model setakat ini iaitu Redshift SM dan Redshift MX, syarikat itu akan memperkembangkan barisan produknya dengan model ketiga iaitu Redshift ST yang akan diperkenalkan di The One Moto Show di Oregon pada bulan hadapan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berbanding SM dan MX yang didatangkan dalam bentuk supermoto dan motocross, Redshift ST merupakan sebuah motosikal ‘street tracker’ yang sah digunakan di jalan raya. Ia mempunyai kerangka aluminium yang direndahkan dengan ketinggian tempat duduk 31.5 inci, lebih rendah berbanding SM (35.5 inci) dan MX (37 inci).

alta-redshift-st-5-1

Selain itu, Redshift ST turut menampilkan suspensi khas, lampu LED serta rim gentian karbon BSR bersaiz 19 inci yang dibalut dengan tayar yang sama yang digunakan pada jentera lumba ‘flat tracker’.

alta-redshift-st-6-1

Syarikat itu masih belum mendedahkan spesifikasi bagi model ini, namun ia dijangka didatangkan dengan ‘jantung’ yang sama dengan SM dan MX iaitu sebuah motor elektrik dengan 40 hp dan 162 Nm dan sebuah pek bateri berkapasiti 5.8 kWh. Dengan sekali caj, ia mampu pergi sejauh 80 km dan mencapai kelajuan maksimum sekitar 128 km/j.

alta-redshift-st-a-1

Previous post

Audi A3 Coupe Akan Datang Untuk Cabar Mercedes CLA

Next post

Infiniti Kata Fire Rooster Adalah Tanda Zodiac Q60 Paling Sempurna. Apa Pendapat Anda?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *