Berita Auto

Eagle I Lancar Perakam Video Vision 1 dan Iris-M1

Eagle I CVR telah melancarkan dua produk terbaru mereka iaitu Vision 1 dan Iris-M1. Ditubuhkan sejak 2015, jenama perakam video kereta tempatan itu kini mempunyai empat model perakam jenis cermin pandang belakang dan tujuh perakam mudah alih dalam portfolionya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Vision 1

Perakam video kereta ini mempunyai paparan 3.5 inci dengan 16:9 ‘widescreen’ dan resolusi 480×320, serta lensa dengan enam lapisan kaca kanta. Ia dikuasakan oleh pemproses MT6735VCM dengan 1GB RAM dan 8GB memori yang boleh dipertingkatkan sehingga 32GB dengan kad microSD.

????????

Ia berukuran 97 mm x 61 mm x 18 mm dan mempunyai berat 127 gram. Ia didatangkan dengan kamera HD penuh yang menyokong video VGA/HD/FHD 30fps dalam format 3gp.

Vision 1 juga didatangkan dengan bateri boleh dicas semula berkapasiti 400mAh. Ia mempunyai sistem operasi Android 5.1, serta slot kad SIM dengan sokongan 3G/4G dan WiFi.

????????

Dengan sambungan WiFi, pengguna kini boleh berkongsi video dengan segera melalui aplikasi WeChat, yang juga menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan seperti WeChat Pickup, WeChat Navigation dan WeChat Capture.

Selain itu, Vision 1 juga dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Loop Recording, Find Your Car, Auto Video Lock, Capture Moments dan WiFi Hotspot Sharing.

Iris-M1

with-camera

Model ini merupakan perakam video jenis cermin pandang belakang yang didatangkan dengan paparan HD 5 inci dan lensa bersudut 140°. Tanpa kamera, ia berukuran 264 mm x 71 mm x 10 mm dan mempunyai berat 210 gram.

Dengan bateri berkapasiti 380mAh, Iris-M1 berupaya untuk merakam video VGA, HD dan Full HD dalam format AVI, dan juga menangkap gambar.

????????

Vision 1 boleh didapati dalam warna Immersive Black atau Galaxy Grey, dengan harga RM738 setiap satu, manakala Iris-M1 dijual pada harga RM448. Untuk setiap pembelian Iris-M1, pelanggan akan mendapat kad SIM RedONE secara percuma.

Bukan itu sahaja, Eagle I juga menawarkan perlindungan insurans kemalangan diri bernilai RM30,000 untuk setiap pembelian mana-mana produk jenama itu.

Previous post

SUV Kecil Baharu Hyundai On The Way

Next post

Toyota C-HR Mendapat Sentuhan TRD

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *