Motosikal / Lain Lain Roda

Cub Prix Pertimbang 7 Kategori Perlumbaan

Saingan perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dijangka bertambah menarik dengan kemungkinan pertambahan kepada tujuh kategori perlumbaan dalam kalendar musim 2017 yang akan bermula tidak lama lagi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Perkara itu dinyatakan oleh promoter perlumbaan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd serentak dengan pengumumkan jadual bagi 10 pusingan musim ke-24 yang akan bermula pada awal Mac dan berakhir pada November depan, hari ini.

Siri kejuaraan motosikal kebangsaan itu ketika ini mempunyai format enam kategori perlumbaan iaitu tiga kelas terbuka, satu kategori perlumbaan separa amatur dan dua kategori satu pengeluar sepanjang tiga musim lepas dan pertimbangan untuk menambah satu lagi kategori perlumbaan kelas ‘rookie’ bagi musim 2017 dapat membuka lebih ruang untuk pelumba-pelumba muda berada di atas grid perlumbaan.

“Tahun lepas kami telah memanjangkan tempoh permohonan untuk perlumbaan kategori satu pengeluar memandangkan sambutan yang cukup menggalakkan dan kami menerima hampir seribu permohonan dari remaja-remaja yang berminat untuk menjadi pelumba. Namun, hanya sebahagian kecil daripada mereka ini yang berpeluang untuk menyertai perlumbaan peringkat pembangunan yang dikendalikan oleh pihak pengeluar Honda dan Yamaha ini. Kami akui terdapat permintaan dan keperluan bagi membolehkan lebih banyak pelumba-pelumba muda dapat menceburi bidang sukan permotoran ini,” jelas Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.

Kalendar 10 Pusingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017:
Rd 1 Temerloh, PAHANG 4 & 5 Mac
Rd 2 MAEPS, SELANGOR 25 & 26 Mac
Rd 3 KELANTAN 14 & 15 April (Perlumbaan Sabtu)
Rd 4 MELAKA 13 & 14 Mei
Rd 5 JOHOR 15 & 16 Julai
Rd 6 Teluk Intan, PERAK 4 & 5 Ogos
Rd 7 Kemaman, TERENGGANU 8 & 9 September (Perlumbaan Sabtu)
Rd 8 Kangar, PERLIS 7 & 8 Oktober
Rd 9 Jempol, N. SEMBILAN 4 & 5 November
Rd 10 Batu Kawan, P. PINANG 18 & 19 November

Previous post

Dapatkan Chevy Colorado Baharu Dan Modnya Macam Ini

Next post

Toyota Fortuner Terima Status EEV

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *