Motosikal

Honda MSX 125 Masuk Pasaran Malaysia

Honda MSX 125 yang ditunggu-tunggu akhirnya dilancarkan oleh Boon Siew Honda. Motosikal jenis ‘fun bike’ itu mendapat respon yang baik di serata dunia dan Boon Siew berharap dapat memulakan trend terbaru di Malaysia dengan gaya, prestasi, kualiti dan kebolehgunaan model tersebut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

MSX 125 dijana oleh enjin sejukan udara empat lejang bersesaran 125 cc dengan satu silinder yang menghasilkan 9.6 hp pada 7,000 rpm dan tork sebanyak 11 Nm pada 5,250 rpm. Dengan tangki minyak 5.7 liter dan teknologi Programmed – Fuel Injection (PGM-FI) Honda yang terbukti, motosikal itu juga menjanjikan penjimatan bahan api.

???????????

 

Casis MSX 125 diperbuat dari kerangka keluli mono-backbone yang kukuh namun cukup fleksible bagi mendapatkan tindak balas yang baik ketika sedang mengambil selekoh. Ukuran kompak iaitu 1,755 mm panjang, 730 mm lebar dan 1,000 mm tinggi memudahkan MSX 125 ditunggang melalui kesesakan jalan raya.

???????????

Dari aspek luaran, gaya kontemporari MSX 125 diserlahkan lagi menerusi rekaan fairing yang kemas, panel meter digital dan juga lampu LED di depan dan belakang.

???????????

Motosikal ini ditawarkan pada harga pengenalan RM11,128.94 (termasuk GST) dengan jaminan pengilang selama dua tahun atau 20,000 km. Ia boleh didapati dalam dua warna iaitu Hyper Yellow dan Burning Red.

???????????

???????????

???????????

 

Previous post

Perlumbaan Penuh Aksi Selama 12 Jam Tanpa Henti

Next post

3M Malaysia Lancar Pelekat Pemantul Cahaya Diamond Grade (DG3)

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *