Berita Auto

Barisan Toyota Camry Dikemaskini Dengan 2 Varian Baharu

UMW Toyota Motor telah mengumumkan penambahan dua varian baharu dalam barisan model Camry dan juga penambahbaikan kelengkapan dalam varian sedia ada.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dua varian baharu tersebut adalah Camry 2.5 Hybrid Premium dan Camry 2.0 GX yang duduk di antara Camry 2.5 Hybrid Luxury dan Camry 2.0 E. Harga masing-masing bermula dari RM164,900 (RM10,000 lebih murah berbanding varian Luxury) dan RM159,900 (RM7,000 lebih mahal berbanding varian 2.0 E).

Camry Brochure 03 Hybrid Front Quarter

Antara penambahbaikan yang terdapat pada Camry termasuklah sistem keselamatan aktif yang sebelum ini ditawarkan hanya kepada varian tertinggi. Sistem terbabit merangkumi Vehicle Stability Control (VSC), Traction Control, Hill-start Assist Control dan tujuh beg udara. Keempat-empat varian turut menampilkan Emergency Stop Signal (ESS).

Sementara itu, varian 2.5 Hybrid Luxury pula adalah satu-satunya varian yang didatangkan dengan Blind Spot Monitor (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

?????

Toyota baru-baru ini menerima anugerah khas dalam teknologi keselamatan bagi ciri BSM pada majlis anugerah ASEAN NCAP Grand Prix 2016.

Varian 2.5 Hybrid Luxury juga dilengkapi dengan sistem bunyi JBL GreenEdge yang mempunyai 12 pembesar suara dan sistem surround 5.1. 2.0 GX pula didatangkan dengan pengecas tanpa wayar Qi yang sebelum ini hanya terdapat pada varian 2.5 Hybrid Luxury.

04 GX Key Dashboard_client

Upholsteri kabin juga diberi penambahbaikan. Berbanding varian lain dengan bahagian dalam berwarna hitam, varian 2.0GX mempunyai upholsteri coklat gelap yang dipadankan dengan kemasan kayu Mughal Teak.

Driving Video Recorder (DVR) disertakan sebagai ciri standard bagi kedua-dua varian Hybrid, namun ia juga boleh dipasang pada varian 2.0GX dan 2.0E.

Camry Brochure 02 GX front

Tidak banyak perubahan pada rupa luaran, kecuali lampu kabus LED standard bagi varian-varian Hybrid. Rim aloi juga kekal seperti sebelumnya iaitu 17-inci bagi model 2.5 Hybrid Luxury dan 2.0GX dan 16-inci bagi 2.5 Hybrid Premium dan 2.0E.

Kesemua varian Camry didatangkan dengan jaminan 5 tahun dan jaminan berasingan selama 8 tahun bagi pek bateri hibrid. Ia boleh dilihat dengan lebih dekat lagi di bilik pameran Toyota berdekatan.

Previous post

Perlumbaan EV Cipta Peluang Pekerjaan

Next post

Perlumbaan Pertama Lamborghini World Final di Valencia Milik Postiglione

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *