Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha XSR900 Abarth – Hanya 695 Unit Untuk Dijual

Jarang kita dengar syarikat dari Jepun dan Itali bekerjasama untuk menghasilkan sesuatu namun ini lah yang berlaku dengan Yamaha XSR900 Abarth yang diperkenalkan di EICMA baru-baru ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sebahagian dari barisan Heritage Sports, motosikal ini terhasil melalui hubungan Yamaha dan FIAT yang sudah terjalin sekian lama menerusi pasukan MotoGPnya. Ia akan mula dijual pada tahun hadapan namun hanya 695 unit akan dihasilkan untuk pasaran global.

Yamaha XSR900 Abarth 04

Dari segi penampilan, gaya cafe racer XSR900 Abarth terserlah melalui penggunaan komponen gentian karbon seperti pelindung angin depan, penutup tempat duduk pembonceng serta mudguard depan.

Yamaha XSR900 Abarth 03

Seperti kereta FIAT 500 Abarth, motosikal ini didatangkan dalam warna kelabu matte yang dipadankan dengan grafik merah. Logo eksklusif ‘Abarth’ pula diletakkan di tangki minyak.X

Yamaha XSR900 Abarth 05

XSR900 Abarth juga mendapat sistem ekzos Akrapovic , tempat duduk dibalut suede serta bar hendal yang diletakkan rendah untuk posisi menunggang yang lebih sporty.

Yamaha XSR900 Abarth 02

Kuasa pula datang dari enjin 847 cc tiga silinder yang dipadankan dengan teknologi seperti Traction Control dan klac ‘Slipper & Assist’.

Previous post

Kawasaki Versys-X 300 Untuk Pelbagai Golongan

Next post

Abarth 695 Tributo XSR, Edisi Teramat Terhad

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *