Motosikal / Lain Lain Roda

Triumph Street Scrambler Dilancarkan di EICMA

Triumph telah memperkenalkan motosikal Street Scrambler baharu di pertunjukan EICMA 2016 yang kini berlangsung di Milan, Itali. Model itu merupakan ahli terbaru keluarga Street Twin yang menggunakan enjin 900cc dengan penyejukan cecair dan kotak gear lima kelajuan yang sama.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Street Scrambler mempunyai bentuk badan Bonneville yang ikonik dengan sedikit penghadang angin serta kemasan premium termasuk tangki minyak aluminium, lencana grafit dan cagak lampu hadapan yang ‘rugged’.

Walaupun begitu, ciri-ciri seperti tempat duduk penumpang boleh tukar, rak aluminium, tempat letak kaki yang boleh dialihkan serta beberapa komponen lagi memastikan Street Scrambler kekal unik berbanding model-model Street Twin yang lain. Ia boleh didapati dalam tiga warna iaitu Jet Black, Matt Khaki Green serta gabungan Korosi Red dan Frozen Silver lengkap dengan hiasan pada tangki minyak.

2017 Triumph Street Scrambler 03

Street Scrambler bukan sahaja mengutamakan gaya kemampuannya untuk beraksi pada permukaan jalan yang mencabar. Ia mempunyai casis yang direka khas dengan posisi menunggang yang lebih terkawal, bar hendal lebih lebar serta suspensi belakang yang lebih panjang.

2017 Triumph Street Scrambler 04

Ia didatangkan dengan tayar jenis Metzeler Tourance bersaiz 17 inci di belakang dan 19 inci di hadapan. Sistem breknya juga dipertingkatkan dengan angkup dua piston jenama Nissin.

2017 Triumph Street Scrambler 02

Dari segi kelengkapan elektronik, Street Scrambler menampilkan ABS, pendikit Ride-by-Wire, Traction Control dan Torque Assist Clutch. Lampu belakang LED, immobilizer enjin, soket pengecas USB serta paparan berkembar dengan sistem menu digital juga disediakan.

2017 Triumph Street Scrambler 05

Seperti model Street Twin, Street Scrambler juga boleh disesuaikan dengan lebih dari 150 jenis aksesori yang direka khas untuk penampilan off-road yang lebih garang serta kebolehgunaan sehari-hari.

 

 

 

Previous post

TCR Asia Series Dedah Program Lanjutan Untuk Musim 2017

Next post

GreenTech Malaysia Perincikan Program Khas Tesla Model S

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *