Berita Auto

Timeless – Program Pra-milik Aston Martin

Aston Martin secara rasminya telah melancarkan program pra-milik global mereka yang dikenali sebagai Timeless.

Program baru itu dilancarkan serentak di semua 164 rangkaian pengedar Aston Martin di serata dunia. Ia ditubuhkan bagi menawarkan pelanggan barisan kereta sport Aston Martin terpakai yang berkualiti dan terjamin.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Timeless berpegang kepada prinsip jenama iaitu menawarkan pengalaman pemilikan yang menyeluruh dengan perkhidmatan serta sokongan yang lengkap.

Program itu meliputi semua model Aston Martin yang dikeluarkan sejak 10 tahun lalu, jadi pelanggan boleh memiliki model-model seperti DB9, DBS dan V12 Vantage tanpa perlu risau tentang kualiti dan sebagainya.

Aston Martin Timeless

Selain itu, program Timeless juga menawarkan perkhidmatan seperti:

  • Jaminan komprehensif selama setahun dengan bantuan tepi jalan
  • Pemeriksaan teknikal teliti termasuk kemaskini perkakasan dan perisian
  • Sijil perakuan asal Aston Martin
  • Pengesahan sejarah penyelanggaraan kereta
  • Pek VIP
  • Diskaun untuk aksesori untuk tiga bulan dari tarikh pembelian
Previous post

Cabaran di Indonesia Menanti Pemandu-pemandu Muda F4/SEA

Next post

Pesta BIG Auto Bavaria Hujung Minggu Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *