Motosikal / Lain Lain Roda

KTM 390 Duke Semakin Mengancam

Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2013, KTM 390 Duke kini hadir dengan pembaharuan menyeluruh yang merangkumi reka bentuk serta enjin dan casis yang dipertingkatkan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dipertunjukkan di EICMA Milan baru-baru ini, motosikal entry-level ini menampilkan rekaan fairing yang lebih tajam dan juga lampu depan LED ‘terbelah’ yang diperkenalkan melalui model 1290 Super Duke R dan 1290 Adventure R.

2017 KTM 390 Duke 03

Motosikal ‘street’ itu juga mendapat kerangka baru yang memuatkan subframe baru serta tangki minyak 13.4 liter yang lebih besar dari sebelum ini. Suspensi hadapannya adalah jenis WP 43mm, manakala sistem brek hadapan pula terdiri dari cakera 320 mm dan angkup ByBre.

2017 KTM 390 Duke 02

Walaupun enjinnya telah dipertingkatkan untuk memenuhi standard pelepasan Euro 4 yang ketat, penggunaan penukar bermangkin (catalytic converter) menyebabkan 390 Duke lebih berat dari model semasa dengan jumlah 149 kg.

2017 KTM 390 Duke 04

Untuk aspek-aspek lain, 390 Duke juga dilengkapi dengan pendikit ride-by-wire, paparan warna TFT, ABS dan muffler ekzos di bahagian kanan motosikal.

 

Previous post

6 Isu-isu Yang Perlu Tahu Sebelum Membeli Tesla Baharu Atau Terpakai

Next post

Volkswagen Mempersembahkan Golf Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *