Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha YZF-R6 2017 – Apa Yang Baru?

Sembilan tahun adalah satu tempoh yang panjang, namun hakikatnya itu adalah kali terakhir Yamaha YZF-R6 menerima sebarang perubahan besar. Namun pada tahun ini, peminat superbike middleweight itu boleh bergembira dengan kehadiran model R6 terbaru yang membawa pembaharuan utama dari aspek rekaan, aerodinamik, enjin dan juga teknologi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Di sini kami rumuskan ciri-ciri terkini yang boleh didapati pada R6:

  • Traction Control System – TCS direka untuk memberi lebih keberkesanan terhadap tayar belakang semasa dalam keadaan memecut. Terdapat enam tahap penetapan yang boleh dipilih bergantung kepada pilihan penunggang, keadaan persekitaran serta tahap cengkaman tayar.
  • Penggunaan komponen-komponen YZF-R1 – Ya, sebahagian daripada R6 datang dari ‘abangnya’ yang berkapasiti 1,000 cc. Antaranya ialah sepit udang terbalik 43 mm dan brek hadapan yang terdiri dari cakera 320 mm dan angkup monobloc empat piston.

2017 Yamaha YZF-R6 06

  • Tangki minyak aluminium – Seperti R1, R6 juga didatangkan dengan tangki minyak aluminium sebesar 17 liter yang dibentuk menggunakan teknik CMT (Cold Metal Transfer). Selain memiliki kontur unik, ia juga 1.2 kg lebih ringan dari unit yang terdapat pada model sedia ada.
  • Tempat duduk baharu dan subframe belakang langsing – Tempat duduknya telah direka semula untuk memberikan keselesaan dan posisi menunggang yang tepat, disokong oleh subframe belakang yang diperbuat dari magnesium yang bukan sahaja kukuh malah 20 mm lebih nipis berbanding sebelum ini.

2017 Yamaha YZF-R6 07

  • Penghadang angin aerodinamik – Fairing dan penghadang angin hadapan adalah 8% lebih aerodinamik berbanding R6 sedia ada. Ini memberikannya kelebihan dari segi kelajuan maksimum.
  • Penggayaan futuristik – R6 baharu menampilkan konsep R-DNA generasi seterusnya dengan rekaan yang gagah dan garang. Walaupun mempunyai ‘muka’ yang hampir sama dengan R1, lampu LED baharu memberikan R6 imejnya yang tersendiri.
  • Quickshift System (QSS) – Ditawarkan sebagai ciri tambahan, QSS membolehkan penunggang menaikkan gear dengan pantas tanpa menggunakan klac tangan.

2017 Yamaha YZF-R6 02

Ini pula adalah antara ciri-ciri yang dikekalkan; omboh piston aluminium, injap titanium, Air Induction System dan Yamaha Chip Controlled Intake (YCC-I), Twin-injector Yamaha Chip Controlled Throttle (YCC-T), klac ‘slipper’, transmisi 6-kelajuan nisbah pendek, pelindung enjin magnesium, injap ekzos EXUP, peredam ekzos titanium, kerangka Deltabox dan swingarm aluminium.

Tiada maklumat mengenainya diberikan, namun R6 dijangka menggunakan khidmat enjin 599 cc, empat silinder yang sama seperti sebelum ini. Untuk pasaran Amerika Syarikat, R6 akan dijual bermula bulan Mac 2017 pada harga US$12,199 (RM51,302) seunit.

2017 Yamaha YZF-R6 05

2017 Yamaha YZF-R6 04

2017 Yamaha YZF-R6 03

 

Previous post

Rasai Pengalaman Naik Tesla Model S Dengan Applikasi Grab

Next post

Koleos Semua Baharu Sekarang Di Bilik Pameran Renault

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *