Berita Auto

Pusat 4S Volkswagen Wearnes Sg. Besi Berpindah ke Lokasi Baru

Volkswagen Wearnes Sg Besi telah mengumumkan penempatan semula pusat 4S mereka yang kini terletak di alamat No. 8, Jalan Dua, Off Jalan Sungei Besi, Kuala Lumpur. Lokasi baharu itu yang kini beroperasi sepenuhnya terletak hanya terletak di seberang jalan dari pusat sebelum ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Outlet Volkswagen Wearnes Sg Besi ini mempunyai keluasan 75,181 kaki persegi dengan dua tingkat untuk ruang pameran dan pusat pasca jualan. Ia adalah pusat sehenti bagi pemilik Volkswagen yang ingin mendapatkan perkhidmatan jualan, pasca jualan, alat ganti, pusat badan dan cat, serta penyelenggaraan yang merangkumi penjajaran tayar dan penghawa dingin.

A total of 34  service bays

Kawasan khas pasca jualan juga diwujudkan dengan 34 ruang penyelenggaraan yang dikendalikan oleh pasukan yang terdiri dari 34 orang juruteknik terlatih dan berpengalaman.

Pusat itu juga menempatkan bilik pameran yang memuatkan sehingga sembilan buah kenderaan, lounge dengan TV dan WIFI serta bilik-bilik mesyuarat.

Customer Lounge

Berikut adalah waktu operasi Volkswagen Wearnes Sg Besi:

Bilik pameran

Isnin – Jumaat: 9 pagi – 7 petang

Sabtu: 9 pagi – 6 petang

Ahad dan cuti umum: 10 pagi – 5 petang

 

Pasca jualan & Penyelenggaraan

Isnin – Jumaat: 8 pagi – 8 malam

Sabtu: 8.30 pagi – 5 petang

Ahad dan cuti umum: Tutup

 

Cat & Badan

Isnin – Jumaat: 8.30 pagi – 6 petang

Sabtu: 8.30 pagi – 5 petang

Ahad dan cuti umum: Tutup

 

Previous post

Fugazi Racing Team Anjur 'Track Day' November Ini

Next post

Penggabungan Tesla dan SolarCity Akan Dimulakan Akhir Tahun Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *