Motosikal / Lain Lain Roda

Pemenang Peraduan Shell Advance Alami Pengalaman Seumur Hidup di Jepun

Bagi pemilik motosikal Mohammad Nizam bin Md Omar dan Muhamad Iqbal Hibri bin Azilan, keputusan bijak mereka untuk menggunakan minyak motosikal Shell Advance telah membuahkan hasil lumayan yang tidak disangka-sangka.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Mereka berdua memenangi hadiah utama dalam peraduan Shell Advance Power On 2016 yang diadakan baru-baru ini, di mana pemenang diterbangkan ke Jepun untuk menyaksikan perlumbaan MotoGP dan Shell Advance Asia Talent Cup (SAATC) pusingan kelima di litar Twin Ring Motegi yang tersohor.

Mohammad Nizam yang bekerja sebagai juruteknik menggunakan Shell Advance AX5 untuk Honda Future miliknya manakala Muhammad Iqbal yang menunggang Kawasaki GTR 1400 pula baru sahaja bertukar ke minyak Shell Advance Ultra dengan teknologi PurePlus.

An elated Mohd Nizam Md Omar thoroughly enjoyed his maiden trip to Japan...

Peserta-peserta lain yang terpilih turut dianugerahkan hadiah saguhati berupa barangan GIVI termasuk 10 unit kotak Monoblock, 20 unit topi keledar muka penuh, 30 baju hujan serta 50 beg galas.

Para peserta hanya perlu membeli produk Shell Advance terpilih dan menampal pelekat percuma yang disediakan pada motosikal mereka dengan cara paling kreatif. Mereka kemudiannya perlu memuatnaik gambar motosikal tersebut lengkap dengan kapsyen serta hashtag #PowerOnShellAdvance ke Facebook, Twitter atau Instagram.

 

Previous post

Gohed Gostan Cuba Try Ep 37 Weststar Maxus G10

Next post

Isuzu MU-X Type S Tiba Di Bilik Pameran

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *