Berita Auto

Kamu Sudah Pergi Jauh Sayang! 40 Tahun Ford Fiesta

Sejak memulakan produksi pertamanya pada tahun 1976, lebih 17 juta unit Ford Fiesta telah berjaya dijual di seluruh dunia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ford meraikan ulang tahun yang istimewa dengan sebuah kereta yang segar dan inovatif – model terlaris di Eropah selama empat tahun berturut-turut – seperti baru semalam ia memulakan perjalanan buat pertama kalinya.

• Kami mencari arkib foto-foto dan fakta menarik yang boleh anda lihat di sini. http://social.ford.co.uk/youve-come-a-long-way-baby-fiesta-hits-40/

• Kami juga mendapatkan jurutera ujian asal, Karel Willaert yang mendedahkan rahsia memandu uji sebuah prototaip Fiesta, serta melihat semula salah sebuah model original Fiesta https://youtu.be/YB1_GBpeDvY

• Satu infografik baru memudahkan kita untuk membandingkan model pada hari ini dengan model yang menjadi kereta pilihan keluarga suatu masa dahulu. Ini merupakan antara kandungan yang paling lengkap boleh didapati dalam satu kit media khas. Ia turut mengandungi rangkaian imej, iklan TV dan media cetak yang komprehensif http://fiestacelebrations.fordpresskits.com/

Photo 1 - Fiesta 1.5L

Pada tahun 2016, Fiesta terus berpegang pada semangat kereta asalnya. Ia menawarkan reka bentuk luaran dinamik, ruang kabin yang kemas dan teknologi-teknologi termaju seperti sistem ketersambugan yang diaktifkan menggunakan suara, Ford SYNC dan sistem menghalang kemalangan pada kelajuan rendah, Active City Stop. Fiesta hadir dalam gayaan tiga dan lima pintu bersama pelbagai pilihan enjin moden yang efisien, termasuklah enjin EcoBoost 1.0 liter yang memenangi anugerah. Rangkaian Fiesta ‘diketuai’ oleh Fiesta ST200 – model Fiesta paling berkuasa pernah dihasilkan oleh Ford.

Previous post

Bahasa Reka Bentuk Ford Focus

Next post

Program Caltex Fuel Your School Kini di Kelantan dan Pahang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *