Berita Auto

Hyundai Motor Menganjur Service Advisor Championship Ketiga Di Korea Untuk Mengukuhkan Kepentingan Perkhidmatan

Hyundai Motor Company, pembuat kereta terbesar Korea Selatan menganjurkan Service Advisor Championship Ketiga di Pusat Latihan Teknikal Hyundai Motor di Korea 11 Oktober hingga 14, 2016 lalu. Pakar-pakar perkhidmatan Global, yang dipilih melalui pertandingan awal dari rangkaian Hyundai Motor di seluruh dunia, berkumpul untuk menguji kemahiran perkhidmatan pelanggan mereka.

Tahun ini, 140 pakar-pakar perkhidmatan daripada 60 buah negara, antara 18,000 penasihat perkhidmatan di seluruh dunia, berada di Korea untuk mengambil bahagian dalam kejohanan itu. Pertandingan ini terdiri daripada role playing situasi-situasi yang berbeza bagi menyediakan perkhidmatan, ujian bertulis teknologi penyelenggaraan, maklum balas pelanggan dan perkhidmatan Hyundai Motor dan kemahiran tindak balas pelanggan berdasarkan Bengkel Automasi. Penasihat perkhidmatan dinilai keseluruhan dan pemenang diberi hadiah emas, perak dan gangsa, masing-masing, dan juga sebagai hadiah untuk orang yang kedudukan tertinggi dalam setiap ujian.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101
Melangkah ke hadapan, Hyundai Motor akan terus meningkatkan daya saing perkhidmatan global dengan menyediakan penyelenggaraan pintar melalui perkhidmatan pelanggan digital menggunakan Bengkel Automasi dan PC tablet.
Previous post

Petron Sekarang Menjual Euro 5 Diesel Di 14 Lokasi

Next post

Toyota Sienta Tunjukan Bagaimana MPV Padat Boleh Bergaya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *