Berita Auto

Mercedes-Benz C350e Plug-in Hybrid Bakal Dilancarkan di Malaysia

Nampaknya, Mercedes-Benz C300 bakal digantikan oleh model plug-in hybrid C350e yang akan dilancarkan ke pasaran Malaysia dalam masa enam minggu akan datang. Menurut Mercedes-Benz Malaysia, model itu akan dipasang di Pekan dan akan dijual pada harga sekitar RM299,000. Penghantaran dijangka bermula dua minggu selepas pelancaran.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Varian C-Class terbaru ini tampil gah dengan jumlah kuasa keseluruhan sebanyak 279 hp dan 600 Nm. 211 hp/350 Nm disumbang oleh enjin turbo 2.0 liter empat silinder, manakala 80 hp/340 Nm datang daripada motor elektrik yang terletak di antara enjin dan kotak gear jenis 7G-Tronic Plus.

Mercedes-Benz C350e

Kuasa sebanyak itu membolehkan C350e memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.9 saat dengan kelajuan maksimum 250 km/j. Dengan hanya kuasa elektrik, sedan itu mampu pergi sejauh 31 km dan boleh dipandu sehingga 130 km/j. Penggunaan bahan api pula adalah sekitar 2.4 hingga 2.1 liter setiap 100 km.

Mercedes-Benz C350e

Motor elektrik tersebut dijana oleh sebuah bateri lithium ion yang diletakkan di bawah lantai bonet. Bateri itu boleh dicaj penuh dalam masa dua jam menggunakan soket domestik atau 1 jam 45 minit menggunakan pengecas jenis ‘wallbox’ yang boleh dibeli pada harga RM7,200.

Mercedes-Benz C350e

C350e menawarkan empat mod operasi untuk pemanduan optimum iaitu Hybrid, E-Mode, E-Save dan Charge. Tahap respon kotak gear dan suspensi kereta itu juga boleh dikawal melalui lima mod yang disediakan iaitu Individual, Sport, Sport+, Comfort dan Economy.

Mercedes-Benz C350e

Antara ciri-ciri yang ditawarkan termasuklah sistem kamera 360 darjah, sistem penyaman udara Thermatronic, sistem bunyi Burmester dan suspensi Airmatic. Turut disertakan adalah fungsi pre-conditioning yang bertujuan menyejukkan ruang kabin pada suhu yang ditetapkan sebelum anda mula memandu. Ia boleh diaktifkan melalui tiga cara; kunci, panel instrumen dan butang pada papan pemuka.

Mercedes-Benz C350e

Dari segi penampilan, C350e versi tempatan akan tampil hampir sama dengan C300 iaitu dengan kit badan AMG, kemasan dalaman AMG, rim 19 inci, dan juga bumbung kaca panaromik.

Previous post

Trak Volvo 'The Iron Knight' Pecah Dua Rekod Kelajuan Dunia Menggunakan Tayar Goodyear

Next post

17 Graduan Daripada Program Latihan Belia Perodua

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *