Motosikal / Lain Lain Roda

Honda EX5, Wave Dash, Future serta Wave Alpha Kini Berstatus EEV

Empat model motosikal keluaran Boon Siew Honda iaitu EX5 Dream FI, Wave Dash FI, Future FI serta Wave Alpha telah disahkan lulus dengan piawaian kenderaan cekap tenaga atau Energy Efficient Vehicle (EEV).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berdasarkan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2014 oleh Institut Automotif Malaysia (MIA), kenderaan EEV adalah kenderaan yang memenuhi spesifikasi tahap pelepasan karbon (g/km) dan penggunaan bahan api (l/100 km) yang ditetapkan. EEV diberikan untuk motosikal dari 101 cc ke 150 cc yang mencapai penggunaan bahan api sebanyak 2.2 liter setiap 100 km.

Boon Siew Honda EEV

Setakat ini, kempat-empat model tersebut telah merangkumi 83% daripada keseluruhan pengeluaran motosikal. Bagi mengikuti dasar kerajaan Malaysia untuk mencapai 85% kenderaan EEV dan motosikal dalam pasaran sebelum 2020, Boon Siew Honda akan terus memperkenalkan model baru yang memenuhi standard tersebut.

Menurut Boon Siew Honda lagi, semua motosikal sah EEV akan dilekat dengan pelekat khas (lihat gambar di bawah) untuk memudahkan pelanggan membeza produk syarikat itu dengan produk jenama lain.

EEV press     EEV+Fi press

 

Previous post

Volkswagen Kembali Teratas Di China

Next post

Aplikasi VR Storytelling Ford Memberi Peminat Pemandangan 360 darjah Company Innovations

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *