Berita Auto

8/10 Rakyat Malaysia Mahu Penjimatan Bahan Api, Bukan Kuasa

Ketika hendak membeli sebuah kereta baharu, lebih 83 peratus pengguna di Malaysia menyatakan bahawa penjimatan bahan api adalah lebih penting berbanding kuasa.

Itu merupakan salah satu daripada dapatan hasil kaji selidik melibatkan lebih 9,500 orang pemandu di 11 buah pasaran di seluruh rantau Asia Pasifik yang dijalankan bagi pihak Ford Motor Company pada Jun 2016.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Apabila ditanya apa pentingnya penjimatan bahan api, 87 peratus responden dari Malaysia menyatakan bahawa mereka perlu menyimpan wang. Antara sebab-sebab lain termasuklah ingin menjadi lebih mesra alam (63 peratus) dan bimbang terhadap harga minyak yang tinggi (60 peratus).

Malah, penjimatan bahan api menjadi satu faktor penting sehingga satu pertiga (38 peratus) pemandu yang kini memiliki kereta berkuasa tinggi memberitahu mereka menyesal tidak membeli kenderaan yang lebih menjimatkan.

Kaji selidik itu mendedahkan bahawa keperluan untuk menyimpan wang juga memberi kesan ke atas tingkah laku ketika membeli bahan api.

Malaysia_Survey_ReleaseD1

Ramai rakyat Malaysia menyatakan mereka telah melakukan beberapa cara untuk berjimat di stesen minyak. Misalnya, hanya pergi mengisi minyak apabila mereka mendapat poin (55 peratus). 30 peratus memberitahu mereka menunggu harga minyak turun sebelum mengisi tangki dan 20 peratus pula sering menggunakan kupon diskaun.

Para pemandu juga mula mengubah tabiat pemanduan mereka. Lebih daripada 47 peratus responden menyatakan mereka akan mengubah cara memandu untuk menjimatkan minyak. Manakala 36 peratus pengguna memberitahu mereka merancang untuk kurang memandu dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Malaysia_Survey_ReleaseD1

Lebih tiga perempat responden (77 peratus) menyatakan jika mereka boleh berjimat sebanyak 20 peratus ke atas minyak pada setiap bulan, mereka akan menambah simpanan wang. 54 peratus lagi memberitahu wang itu akan dibelanjakan ke atas keluarga masing-masing. Kenaikan kos sara hidup berikutan ketidakstabilan ekonomi jelas memberi kesan ke atas keinginan rakyat Malaysia untuk berbelanja.

Semua ini berkait rapat dengan kebimbangan mengenai harga minyak di Malaysia. 68 peratus responden memberitahu mereka tidak percaya harga minyak akan kekal stabil sehingga tahun depan.

Tetapi ketika rakyat Malaysia bersungguh-sungguh berjimat di stesen minyak, agak mengejutkan kerana ramai di antara mereka tidak tahu mengenai strategi jangka panjang untuk menjimatkan wang:

  • Satu daripada tiga orang responden (37 peratus) mengakui mereka tidak menimbangkan tentang kos keseluruhan pemilikan kenderaan – minyak dan penyelenggaraan – ketika membeli kereta baharu
  • Hanya 37 peratus menyatakan bahawa mereka akan melabur lebih banyak wang untuk membeli kenderaan yang memiliki enjin lebih efisien dalam usaha menyimpan wang pada masa depan

Malaysia_Survey_ReleaseD1

Namun begitu, mungkin wujud tanda-tanda tingkah laku ini akan berubah. Kebanyakan pengguna yang merancang untuk membeli kereta baharu tahun depan menimbang mendapatkan kereta yang lebih efisien:

  • 52 peratus merancang untuk membeli kenderaan yang memiliki enjin lebih efisien
  • 39 peratus merancang untuk membeli kereta hibrid atau elektrik
  • 29 peratus merancang untuk bertukar kepada kenderaan yang lebih kecil

Namun, pilihan itu menjadi sedikit sukar kerana rakyat Malaysia juga sukakan kuasa. Lebih daripada separuh (68 peratus) daripada semua responden menyatakan mereka menimbangkan aspek prestasi sebagai salah satu faktor ketika membeli kereta baharu. Sebahagian pengguna di bandar memberitahu mereka lebih sukakan prestasi (70 peratus vs 59 peratus penduduk di kawasan pedalaman).

Malaysia_Survey_ReleaseD1

Keperluan dalam menawarkan kombinasi penjimatan bahan api dan kuasa telah memacu Ford untuk membangunkan keluarga enjin EcoBoost. Sejak tahun 2009, enjin EcoBoost telah menerima pelbagai anugerah. Malah enjin 1.0 liter EcoBoost telah dipilih sebagai enjin terbaik di peringkat antarabangsa pada tahun 2016 (International Engine of the Year Awards) untuk lima tahun berturut-turut. Teknologi EcoBoost kini boleh didapati pada lebih 20 model Ford di seluruh dunia – daripada Fiesta hinggalah Mustang yang ikonik.

Di Malaysia, enjin EcoBoost boleh didapati pada tujuh model termasuklah: Fiesta, Fiesta ST, Focus, S-MAX, Mondeo, Kuga dan Mustang.

Previous post

Andy Yan 'Kebal' Di Laman Sendiri

Next post

Bermaz Motor Adakan Mazda Mega Sale Carnival di Showroom Mazda Glenmarie

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *