Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha Ego Avantiz Kini Tiba – Harga Dari RM5,700

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini melancarkan model automatik terbarunya iaitu Ego Avantiz di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pelancaran model itu diadakan bersempena dengan Yamaha Automatic World Motorshow yang sedang berlangsung di pusat membeli-belah Berjaya Times Square.

Yamaha Ego Avantiz

Yamaha Ego Avantiz dikuasakan enjin 125cc SOHC dengan teknologi BlueCore dan penyuntikan bahan api yang menghasilkan 9.3 hp @ 8,000 rpm dan 9.6 Nm @ 5,500 rpm. Teknologi BlueCore itu juga membekalkan kuasa yang cukup untuk tunggangan menyeronokkan sambil menyediakan tahap penggunaan bahan api yang efisyen.

Yamaha Ego Avantiz

Sesuai dengan nilai inovasi Yamaha, skuter itu juga mempunyai lampu ECO pada panel meter yang direka untuk kemudahan penunggang. Sistem kunci parkir juga diperkenalkan untuk keselamatan yang lebih terjamin terutama jika motor diparkir di kawasan berbukit.

Yamaha Ego Avantiz

Ciri-ciri lain yang ada pada Yamaha Ego Avantiz termasuk;

  1. Lampu LED agresif boleh laras
  2. Lampu brek moden
  3. Pemegang tempat duduk yang ergonomik untuk kemudahan pembonceng
  4. Ruang storan bersaiz 14 liter untuk helmet
  5. Sistem ekzos yang penuh gaya
  6. Brek cakera hadapan untuk prestasi brek yang lebih baik

Yamaha Ego Avantiz

Ia diperkenalkan dengan tiga pilihan warna; Aggressive Black, Speedy Blue dan Raving Red. Tertakluk kepada kelulusan dari pihak berkuasa, Ego Avantiz dijual dengan harga bermula dari sekitar RM5,700 termasuk GST.

Yamaha Ego Avantiz

Ia akan berada di pengedar-pengedar sah Yamaha bermula hujung bulan ini. Pengunjung juga boleh melihat model ini serta model-model automatik Yamaha yang lain di Yamaha Automatic World Motorshow yang dijalankan di bahagian Concourse Berjaya Times Square bermula dari 22 hingga 24 Julai 2016.

 

 

 

Previous post

Kemuncak Porsche 718 Cayman

Next post

Harley-Davidson Lancar Tiga Model 2016 Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *