Berita Auto

Ranger Pacu Jualan Bulan Jun Ford di Malaysia

Ford hari ini mengumumkan jualan runcit pada bulan Jun di Malaysia meningkat sebanyak 32 peratus berbanding Mei kepada 928 unit.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Prestasi bulan Jun itu dipacu oleh permintaan kukuh yang berterusan ke atas trak pikap Ranger ‘Built Ford Tough’. Jun mencatatkan jualan Ranger yang paling kukuh pada tahun ini apabila ia menokok sebanyak 35 peratus berbanding Mei kepada 796 unit. Angka ini membantu jualan Ranger untuk separuh pertama tahun ini menjadi 3,539 unit.

Trak pikap Ranger yang mendefinisikan semula kelasnya merupakan trak paling berkeupayaan di Malaysia. Ia boleh mengharung air sedalam 800mm, selain menawarkan kemampuan menunda dan mengangkut beban yang luar biasa. Pakej keselamatan Ranger juga tiada tandingannya. Ini termasuklah sehingga enam beg udara serta teknologi bantuan pemandu seperti Lane Keeping Aid dan Adaptive Cruise Control. Electronic Stability Control (ESC) Ford dan cagak tempat duduk keselamatan kanak-kanak ISOFIX merupakan ciri standard pada Ranger.

ranger-3-620x350

“Ranger benar-benar telah mendefinisikan semula pasaran trak pikap di Malaysia. Ramai pelanggan gemar menggunakannya sebagai kenderaan untuk tujuan kerja dan riadah,” kata Pengarah Urusan Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, David Westerman.

Ford Mustang serba baharu juga telah dilancarkan secara rasmi pada Jun lepas. Jentera ikonik Mustang yang menggabungkan aspek gaya dan vintaj itu ditawarkan dengan dua pilihan enjin – 2.3 liter EcoBoost bersama pengecas turbo dan 5.0 liter V8 yang cukup berkuasa.

Previous post

Ted Klaus Engineer Honda NSX Baharu

Next post

Gohed Gostan Ep 27 Hari Raya Kedua Dengan Isuzu MU-X

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *