Berita Auto

Pusat 3S Toyota Dibuka di Kuala Selangor

UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah membuka satu lagi pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) di Selangor. Pusat terbaru yang terletak Pekan Assam Jawa, Kuala Selangor ini dikendalikan oleh Target Orion Corporation Sdn Bhd.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Syarikat tersebut telah menjadi pengedar sah Toyota sejak 12 tahun yang lalu, bermula dengan sebuah bilik pameran di Bangunan UMNO di pekan itu. Ia berpindah ke premis yang lebih besar pada tahun 2013 dan telah melabur hampir RM10 juta untuk menaik taraf outlet bagi tujuan menyediakan perkhidmatan jualan dan pasca jualan terbaik untuk pelanggan di kawasan itu.

Bangunan dua tingkat yang terletak di atas tanah seluah 1.8 ekar itu mempunyai sebuah bilik pameran yang mampu memuatkan lima kenderaan pada satu-satu masa dan sebuah pusat servis dengan 10 ruang servis yang boleh mengedalikan sehingga 17 kenderaan setiap hari.

from left_Dato' Adam Khan, Director of Target Orion, Datuk Ismet Suki, President, UMWT, Mr Akio Takeyama, Deputy Chairman, UMWT, Mr Justin See, Director of Target Orion

Sementara menunggu kenderaan diselenggara, pelanggan boleh berehat di ruang yang disediakan yang mempunyai pelbagai kemudahan untuk keselesaan mereka. Pelanggan yang memerlukan alat ganti tulen Toyota juga boleh mendapatkannya di pusat servis tersebut.

Pusat servis 3S ini terletak di Lot 675 Seksyen 1, Pekan Assam Jawa, Kuala Selangor. Untuk pertanyaan, anda boleh menghubungi 03-­3289 3636 (jualan) atau 03-3289 6636 (servis).

 

 

Previous post

Perodua Jangka Separuh Kedua 2016 Yang Lebih Baik

Next post

Warna Kereta Paling Boring Paling Popular Sekarang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *