Cerita Auto

Mazda3 Facelift Dilancarkan di Jepun

Mazda 3 model 2017 telah pun mula dijual di Jepun, di mana ia dikenali sebagai Axela, dengan beberapa ciri termasuk dua enjin diesel baharu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pertama sekali, model facelift ini dilengkapi dengan teknologi G-Vectoring Control (GVC), salah satu ciri dalam barisan teknologi SkyActiv-Vehicle Dynamics, yang berfungsi mengawal enjin, transmisi, casis dan badan kenderaan untuk meningkatkan faktor pemanduan ‘jinba-ittai’.

2017 Mazda3 03

Model yang dikuasakan oleh enjin diesel pula mendapat ‘high-precision boost control’ yang meningkatkan tahap responsif pendikit kenderaan. Ia juga dilengkapi dengan Natural Sound Frequency Control dan Natural Sound Smoother yang bertujuan untuk mengurangkan getaran dari enjin yang boleh menyebabkan ‘knocking’.

2017 Mazda3 04

Di bahagian dalam, Mazda 3 meningkatkan faktor praktikaliti dengan Active Driving Display yang diperbaharui dengan paparan warna penuh untuk berkomunikasi maklumat dengan lebih jelas. Selain itu, Mazda juga telah menambahbaik ciri ergonomik roda stereng. Bahagian luarannya mengekalkan gaya hatchback dan fastback dengan kedudukan badan yang rendah dan gagah.

2017 Mazda3 05

Ciri keselamatan utama terdiri dari Advanced Smart City Brake Support (Advanced SCBS) yang menggunakan kamera yang boleh mengesan kenderaan lain dan pejalan kaki. Kereta itu juga ditawarkan dengan Adaptive LED Headlights yang mempunyai ciri-ciri seperti lampu tinggi bebas silau dan pelarasan automatik.

2017 Mazda3 02

Mazda 3 2017 diperkenalkan dengan dua enjin diesel bersih baharu iaitu SkyActiv-D 1.5 (105 PS) dan SkyActiv-D 2.2 (150 PS), selain dari barisan enjin SkyActiv-G iaitu 1.5 (100 PS), 2.0 (120 PS) dan 2.0 (165 PS). Bergantung pada model, dua transmisi ditawarkan iaitu manual enam kelajuan dan automatik SkyActiv-Drive.

 

Previous post

Gohed Gostan Ep 30 Hari Raya Kelima PAGI Dengan Isuzu MU-X

Next post

Bantu Mula [Jump Start] Ketika Kecemasan: Apabila Berasa Ragu, Rujuk Buku Panduan Pemilik Proton

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *