Berita Auto

Kenyataan Honda Malaysia Mengenai Panggilan Semula Beg Udara Takata

Honda Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mengenai stok dan kapasiti servis berkaitan dengan program penggantian inflator beg udara Takata yang sedang dijalankan. Menurut syarikat itu, permintaan tidak dapat dipenuhi akibat jumlah stok yang semakin berkurangan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selain dari meminta Takata untuk meningkatkan bekalan alat ganti, Honda Malaysia juga berusaha untuk mendapatkan stok alat ganti dari pembekal lain seperti Daicel, Autoliv dan TRW.

Menurut Honda, bekalan beg udara pemandu telah tiba sejak minggu lalu dan akan diedar ke pusat servis di seluruh negara secepat mungkin. Kajian yang dijalankan menunjukkan Honda Malaysia akan mempunyai 100% stok beg udara pemandu menjelang pertengahan Ogos 2016.

Sementara itu, Honda Malaysia tidak dapat memastikan bila stok beg udara penumpang hadapan akan tiba, disebabkan kekurangan alat ganti yang dihadapi di peringkat global sejak Mei 2016. Untuk kereta yang memerlukan penukaran kedua-dua inflator beg udara, terdapat kemungkinan yang ia tidak dapat diganti sekaligus.

honda-city-620x350

Honda Malaysia juga akan meningkatkan kapasiti servis demi memastikan prioriti pada penggantian inflator beg udara. Antara langkah yang diambil adalah:

  • Mengurangkan pengambilan servis penyelenggaraan sebanyak 50% di semua pengedar bermula 20 Julai ini. Untuk kes servis penyelenggaraan biasa yang tidak dapat dipenuhi, syarikat itu akan melanjutkan tempoh penyelenggaraan mengikut tempoh jaminan kenderaan yang terlibat.
  • Membuka tiga hab sentral sementara untuk meningkatkan kapasiti penggantian. Ketiga-tiga hab ini akan beroperasi tujuh hari seminggu sebagai pusat servis tambahan dan tempat penyimpanan alat ganti, selain membantu pengedar berkapasiti terhad. Lokasi akan diumumkan tidak lama lagi.
  • Membuka hab mudah alih untuk menyenangkan pelanggan menghubungi pusat servis seterusnya mempercepatkan proses penggantian. Lokasi dan butiran akan diumumkan tidak lama lagi.

Honda Malaysia juga telah menyediakan laman web www.productrecall.honda.com.my supaya pelanggan lebih memahami aliran proses panggilan semula (rujuk gambar-gambar di bawah, klik untuk besarkan). FAQ juga disediakan untuk kemudahan pelanggan.

Print

Print

Selain itu, syarikat itu juga mengumumkan yang program penggantian inflator beg udara itu juga terbuka kepada model import selari (parallel import) yang tidak dijual melalui pengedar sah Honda Malaysia. Pemilik yang terlibat diminta untuk menghubungi Honda dengan segera. Kos alat ganti dan buruh juga akan ditanggung oleh Honda Malaysia.

Honda Malaysia akan terus mengingatkan dan memaklumkan kepentingan menukar beg udara bagi kereta yang terjejas. Pelbagai langkah telah diambil untuk menghubungi pemilik yang terlibat dengan program panggilan semula, termasuk:

  • menghantar lebih 240,000 surat kepada pelanggan
  • menghantar email kepada lebih 35,000 pelanggan
  • menghantar SMS kepada lebih 126,000 pelanggan
  • kempen pengiklanan dan siaran akhbar untuk pengetahuan orang ramai
  • notis di laman web, dan pencarian nombor pengenalan kenderaan (VIN) di www.honda.com.my
  • kempen dan roadshow
  • menyiarkan maklumat dalam majalah Honda ‘With Dreams’
  • panggilan telefon kepada lebih 2,000 pelanggan

 

 

Previous post

Ford GT Wind Tunnel Testing Di Teruskan Untuk Melanjutkan Talaan Aerodinamik

Next post

Perodua Bezza Dibuka Untuk Tempahan Mulai 16 Julai

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *