Motosikal / Lain Lain Roda

Honda CBR250RR Dilancarkan di Indonesia

Segmen motosikal 250cc nampaknya akan menjadi semakin sengit dengan kehadiran Honda CBR250RR yang baru sahaja dilancarkan di Indonesia. Apa yang menarik tentang lawan kepada Yamaha R25 dan Kawasaki Ninja 250 ini adalah ia mengekalkan reka bentuk futuristik yang diprebiu oleh motosikal konsep Light Weight Super Sports yang ditayangkan di Tokyo Motor Show pada bulan Oktober tahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Jika diperhatikan, CBR250RR mempunyai rupa luaran yang jauh lebih kehadapan dari pesaing-pesaingnya. Penghadang angin hadapan, tangki minyak dan bahagian ekornya seperti dipahat oleh pakar pertukangan. Lampu hadapan LED juga meletakkan motosikal ini setapak di hadapan motosikal 250cc yang lain.

Honda CBR250RR 04

Terlindung dari pandangan adalah casis jenis Truss yang dipadankan dengan sepit udang teleskopik dan swingarm aluminium di bahagian belakang. Ia mempunyai ukuran panjang 2,060 mm, lebar 724 mm dan tinggi 1,098 mm, dengan jarak roda 1,398 mm dan ketinggian pelana 790 mm. Tangki minyaknya adalah sebesar 14.5 liter.

Honda CBR250RR 02

CBR250RR dikuasakan enjin 249 cc dwi-silinder dengan teknologi suntikan bahan api yang dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. Antara teknologi canggih yang dimuatkan ke dalam motosikal ini termasuk sistem Throttle-by-Wire dengan Accelerator Position Sensor.

Honda CBR250RR 01

Di Indonesia, Honda CBR250RR dipasarkan dalam tiga warna iaitu Honda Racing Red, Anchor Graymetallic dan Mat Gunpowder Black Metallic.

Sumber gambar: Twitter/Honda Indonesia

 

Previous post

Lamborghini Blancpain Super Trofeo Pecah Rekod Dengan 50 Penyertaan

Next post

Gohed Gostan Ep 32 Hari Raya Keenam Dengan Isuzu MU-X

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *