Motosikal

BMW F 700 GS dan F 800 GS Dikemaskini Untuk 2017

BMW Motorrad telah mengumumkan beberapa penambahbaikan untuk barisan model F 700 GS, F 800 GS dan F 800 GS Adventure untuk tahun 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Buat pertama kalinya, ketiga-tiga model yang direka untuk mereka yang inginkan tunggangan ‘enduro’ kini mematuhi standard pelepasan Euro 4 yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017. Ini bermakna enjin 798 cc ‘parallel-twin’ yang menghasilkan 75 hp untuk F 700 GS dan 85 hp untuk F 800 GS lebih bersih dan efisiyen dari sebelum ini.

Ia juga menerima ‘tailpipe’ keluli tahan karat rekaan terkini yang boleh digantikan dengan ekzos sukan HP buatan Akrapovič yang ditawarkan sebagai aksesori tambahan.

P90224342_highRes_bmw-f-700-gs-rallye-

Selain itu, ketiga-tiga model juga mendapat kawalan pendikit ‘electromotive’ untuk respon pendikit yang dipertingkatkan, dengan dua mod tunggangan yang boleh dipilih iaitu ‘Road’ dan ‘Rain’ untuk permukaan jalan biasa dan basah. Model F 800 GS dan F 800 GS Adventure pula menerima mod ‘Enduro’ dan ‘Enduro Pro’ untuk kegunaan off-road.

Turut disertakan untuk model 2017 adalah panel instrumen dengan rekaan terbaru yang mudah dibaca serta paparan Malfunction Indicator Light (MIL) dan mod tunggangan yang dipilih.

P90224356_highRes_f-700-gs-rallye-06-2

Dari segi rupa paras, tidak banyak yang berubah kecuali tiga pilihan warna baharu untuk F 700 GS dan F 800 GS. F 800 GS Adventure pula boleh didapati dalam dua warna tambahan serta kemasan radiator, pelindung penyenyap dan bekas kunci pencucuh baharu.

Previous post

Jualan Rekod Lamborghini Separuh Pertama 2016: Penghantaran Melebihi 2000 Unit

Next post

Mercedes-Benz GLE400 SUV Mengingati M-Class

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *