Cerita Auto

Acura NSX GT3 Sedia Untuk Berlumba

Divisyen sukan bermotor ‘adik’ kepada Honda iaitu Acura semakin sibuk sejak kebelakangan ini. Selepas kemenangan di acara Pikes Peak International Hill Climb baru-baru ini, syarikat itu kini memperkenalkan kereta lumba NSX GT3 yang dipasang di kilang di Ohio bersama-sama dengan NSX versi standard.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Kereta lumba itu sedang menjalani ujian di litar GingerMan Raceway di Michigan dan sedang dalam proses untuk mendapatkan pengesahan FIA sebelum memulakan kempennya dalam kelas GT3 pada tahun 2017.

Acura NSX GT3 Racecar

Selain dari cat luaran, NSX GT3 juga didatangkan tanpa sistem hybrid yang terdapat pada NSX standard, meninggalkan enjin 3.5 liter V6 itu hanya dengan sistem dwi-turbonya. Walaupun begitu, komponen dalaman seperti blok, piston, aci sesondol dan lain-lain dikekalkan seperti biasa. Transmisi 9-kelajuannya pula diganti dengan kotak gear jenis ‘sequential’ 6-kelajuan yang dibuat khas untuk perlumbaan.

Ia juga mengenakan kit badan kustom gentian karbon termasuk spoiler belakang, diffuser bawah dan lubang hud yang dibesarkan untuk efek penyejukan yang lebih berkesan.

Previous post

Rolls-Royce Tayang Rangka Aluminium Phantom Generasi ke-8

Next post

Carbon Motors Bikin Semula G-Class

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *