Cerita Auto

Uber Malaysia Lancarkan ‘Driver Destinations’

Uber telah memperkenalkan satu ciri baru untuk rakan pemandunya – Driver Destinations. Ia membolehkan pemandu untuk memasukkan destinasi mereka dan Uber akan memadankan mereka dengan penumpang yang ingin menuju ke arah yang sama.

Driver Destinations bertujuan untuk menyesuaikan kerja pemandu-pemandu Uber dengan kehidupan mereka – bukan sebaliknya. Pemandu boleh meletakkan input destinasi mereka dua kali sehari dan mereka hanya akan mendapat ‘request’ atau permintaan dari penumpang yang menggunakan laluan yang sama.

Sama ada memandu pulang ke rumah dari kerja atau menjalankan urusan di sekitar bandar, pemandu kini boleh menetapkan destinasi untuk mendapatkan penumpang tanpa menukar laluan.

Pemandu boleh menetapkan destinasi dalam tiga langkah pantas:

  1. Tekan ikon ‘clipboard’ di sudut atas aplikasi
  2. Pilih lokasi yang disimpan atau cari alamat baru
  3. Mula memandu ke arah destinasi – Uber secara automatik akan menapis permintaan untuk perjalanan sepanjang laluan
Previous post

Jenama Kereta Yang Paling Berharga Di Dunia Dalam Berbilion-bilion

Next post

Bridgestone BT 023, Diilhamkan Oleh MotoGP

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *