Berita Auto

TC Euro Cars Lancarkan Kempen ‘Renault – Motorsports Is In Our DNA’

TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia hari ini mengumumkan kempen ‘Renault – Motorsports Is in Our DNA’ untuk meraikan kesungguhan jenama itu dalam sukan bermotor selama lebih 155 tahun dan penyertaan kembali dalam perlumbaan Formula dengan sebuah pasukan yang lengkap.

Sah sehingga 31 Ogos 2016, kempen promosi baru itu memberikan tawaran menarik ke atas kenderaan terpilih Renault. Di samping peluang untuk memenangi hadiah eksklusif Renault Sport Formula One™ Team seperti pas-pas Grandstand dan satu Lawatan Garaj Renault pada acara perlumbaan Malaysian Grand Prix 2016.

renault-captur-620x350 (1)

Sepanjang tempoh kempen ini, pelanggan yang membeli Renault Captur akan menikmati bayaran bulanan serendah RM888 sebulan menerusi Pelan Pemilikan Mudah Renault. Mereka juga akan menerima manfaat daripada pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km.

TCEC turut menawarkan rebat sebanyak RM15,000 ke atas varian sedan Renault Fluence terpilih sebagai tambahan kepada bayaran bulanan rendah bermula RM788 dengan Pelan Pemilikan Mudah Renault.

Renault Captur yang bergaya dan versatil ditawarkan pada harga RM117,200 seunit, sementara harga Renault Fluence ialah RM108,888. Semua harga itu adalah di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia sahaja.

E3 VERSION - 17-INCH AKIHIRO TWO-TONE WHEEL RIM

Pelanggan yang membeli mana-mana model Renault sepanjang kempen ini layak untuk menyertai peraduan eksklusif Renault Sport Formula One™ Team. Tiga orang pemenang bertuah akan menerima dua pas Grandstand dan Lawatan Garaj Renault setiap seorang dalam acara Malaysian Grand Prix 2016 pada Oktober depan. Bukan itu sahaja, setiap peserta peraduan juga akan menerima pek barangan Renault Sport Formula One™ Team sewaktu penghantaran kereta baharu mereka.

Malah, sepanjang kempen ini, mereka yang memandu uji kenderaan Renault di mana-mana bilik pameran akan menerima hadiah serta-merta. Mereka juga bakal menjadi salah seorang daripada 30 orang pemenang bertuah yang membawa pulang model maniatur Renault Sport Formula One™ Team.

Previous post

Diesel Euro 5 BHPetrol Kini Dari Johor Hingga Kedah

Next post

Nissan Guna Ladang Solar Untuk Menjana Pengeluaran Kereta UK

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *