Motosikal

Supermoto Husqvarna FS 450 Dikemaskini Untuk 2017

Husqvarna Motorcycles telah memperkenalkan model supermoto FS 450 edisi 2017, yang dikatakan dirombak sepenuhnya untuk menawarkan anjakan dari segi prestasi dan teknologi.

2017 Husqvarna FS 450 01

Walaupun begitu, perubahan yang dilakukan tidaklah menyeluruh. Selain dari grafik badan baru, FS 450 kini didatangkan dengan sepit udang udara WP AER 48 yang mempunyai 5 mm lebih ‘travel’ serta 1.66 kg lebih ringan dari unit yang sebelumnya. Ia dilengkapi dengan pengapit bertiga rekaan terbaharu yang membolehkan tiub sepit udang itu untuk melenturtegang di bawah beban dan juga pam udara untuk kerja pelarasan yang lebih mudah.

Unit itu juga dipadankan dengan tapak enjin aluminium yang meningkatkan fungsi sistem penggantungan di samping mengurangkan berat secara keseluruhan.

2017 Husqvarna FS 450 03

Walaupun enjin 450 cc silinder tunggal yang menghamburkan 63 hp itu tidak disentuh, FS 450 kini mempunyai fungsi kawalan cengkaman (traction control) sebagai tambahan kepada ciri elektronik sedia ada iaitu kawalan pelancaran (launch control) dan pemetaan enjin. Ketiga-tiga fungsi ini boleh diaktifkan menggunakan suis khas yang berada pada handlebar-nya.

Previous post

Lamborghini Blancpain Super Trofeo Eropah Di Paul Ricard Dengan 47 Kereta Di Grid

Next post

Honda Malaysia Panggil Semula 147,894 Unit Kenderaan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *