Berita Auto

Renault Dedah Clio Facelift

Renault telah memperkenalkan Clio generasi keempat versi facelift. Hatchback popular itu kini tampil dengan wajah yang ditambah baik dengan kemasan terkini serta pilihan enjin baharu.

Renault Clio Facelift 04

Dipandang dari hadapan, gril yang menempatkan logo berlian Renault itu telah direka semula untuk imej yang lebih kontemporari, begitu juga dengan bampar hadapan dan skirt belakang. Lampu hadapannya kini datang dengan pencahayaan LED penuh dan sesetengah model akan dilengkapi dengan lampu LED Pure Vision dengan lampu nyalaan siang berbentuk C.

Renault Clio Facelift 03

Ia boleh didapati dalam empat warna baharu – Intense Red, Titanium Grey, Pearlescent White dan Iron Blue – yang boleh dipadankan dengan rekaan rim terkini. Bahagian kabinnya pula dikatakan lebih berkualiti dengan kehadiran kemasan baru serta hiasan krom dan warna matte yang lebih menarik.

Renault Clio Facelift 05

Clio kini boleh didapati dengan enjin diesel 1.5 dCi 110 yang digandingkan dengan kotak gear manual enam kelajuan. Bukan itu sahaja, kotak gear tersebut juga ditawarkan kepada enjin petrol TCe 120 yang sedia ada. Secara keseluruhan, model tersebut kini mempunyai 11 kombinasi enjin dan transmisi.

Renault Clio Facelift 06

Clio baharu juga didatangkan dengan tiga pilihan sistem multimedia iaitu Media Nav Evolution, Renault R-Link Evolution dan juga R&Go yang merupakan ciri standard. Pengalaman berhibur dipertingkatkan lagi dengan sistem bunyi Bose. Selain itu, pembuat kereta Perancis itu juga menawarkan sensor parkir hadapan, kamera undur serta sistem Easy Park Assist untuk varian terpilih.

Renault Clio Facelift 02

Pelanggan di pasaran terpilih boleh memilih untuk menempah Clio versi Initiale Paris yang menawarkan ciri-ciri eksklusif seperti warna Givré Grey metalik, kemasan kulit Nappa pada roda stereng, tombol gear, papan pemuka dan panel pintu, dan juga kemasan kulit untuk tempat duduk dalam warna hitam atau hitam putih. Ia juga dilengkapi dengan lampu LED Pure Vision, sistem multimedia R-Link Evolution, kamera undur dan Easy Park Assist.

Previous post

Ford Akan Dedahkan Cadangan Penyelesaian Untuk Masalah Kesesakan Pada Acara Kongres Mobiliti Sedunia

Next post

Ada Burung Unta di Lebuhraya Persekutuan ?!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *