Berita Auto

Porsche Bawa Misi Pertahan Kejuaraan Di Le Mans

Tekanan akan diberikan kepada Porsche di kejohanan Le Mans 24-Hours hujung minggu ini. Pembuat kereta sport Jerman tersebut akan kembali ke perlumbaan tersukar di dunia itu bukan sahaja sebagai pemegang rekod dan juara bertahan, malah sebagai pendahulu kejuaraan pemandu dan pengeluar.

Porsche Team: Mark Webber, Timo Bernhard, Brendon Hartley (l-r)

Setakat ini, trio Romain Dumas, Neel Jani dan Marc Lieb akan berlumba di Le Mans (yang juga pusingan ketiga World Endurance Championship) sebagai pendahulu senarai pelumba. Juara bertahan Timo Bernhard, Brendon Hartley dan Mark Webber pula tidak sabar untuk menebus kekecewaan setelah kurang bernasib baik pada dua pusingan pertama di Silverstone dan Spa-Francorchamps.

24 Heures du Mans Testing Day 2016.© Florent Gooden / Porsche

Bagi Porsche, ini adalah kejohanan Le Mans ketiga buat jenama itu setelah membuat kemunculan semula pada tahun 2014. Tahun 2015 menyaksikan pasukan itu merangkul kemenangan 1-2. Kereta lumba 919 Hybridnya dijana dengan enjin turbo dua liter V4 yang digandingkan dengan dua sistem pemulihan tenaga pada brek dan ekzos. Dengan kuasa sebanyak 900 hp, kereta itu mampu mencapai kelajuan 320 km/j.

Porsche 919 Hybrid, Porsche Team: Timo Bernhard, Brendon Hartley, Mark Webber

Secara keseluruhan, keenam-enam pemandu itu telah mengambil bahagian dalam Le Mans sebanyak 49 kali. Bernhard/Hartley/Webber yang menduduki tempat kedua tahun lalu akan memandu kereta nombor 1 manakala Dumas/Jani/Lieb akan berkongsi kereta nombor 2. Kejuaraan tahun lalu dicapai oleh Earl Bamber, Nico Hülkenberg dan Nick Tandy.

Previous post

Siri TCR Asia: Andy Yan Muncul Juara Dua Kali Berturut-turut Di Thailand

Next post

Volkswagen Eos 'One Hit Wonder'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *