Berita Auto

Mitsubishi ASX Orange Edition – Harga Dari RM132,900

Mitsubishi Motors Malaysia, pengedar sah jenama itu di negara ini, telah memperkenalkan Mitsubishi ASX Orange Edition baharu.

Seperti ASX Designer Edition yang dilancarkan dua tahun lalu, ASX Orange Edition ini terhad kepada 180 unit sahaja dengan harga RM132,900.19 (tanpa insurans, termasuk GST) setiap satu. Ia boleh didapati dalam warna putih dan didatangkan dengan jaminan selama lima tahun.

Mitsubishi ASX Orange Edition 03

Bahagian luaran model ini dilengkapi dengan komponen-komponen berwarna oren termasuk pelindung bawah bahagian hadapan dan belakang, spoiler belakang dan juga cermin sisi. Selain itu, ia juga mendapat visor pintu, stiker badan bergaya dengan tulisan ‘Spirit of Competition’ serta rim aloi 17 inci berwarna hitam matte.

Mitsubishi ASX Orange Edition 02

Kabinnya pula dihiasi dengan upholsteri kulit berwarna hitam dan karpet dengan jahitan oren, ‘scuff plate’ dan kemasan gaya gentian karbon pada panel audio dan pintu. ASX Orange Edition juga didatangkan dengan skrin All Around yang memaparkan pandangan mata burung dengan menggunakan empat buah kamera yang dipasang di hadapan, sisi dan belakang kenderaan.

Mitsubishi ASX Orange Edition 04

Bersempena dengan promosi Hari Raya MMM, pelanggan yang membuat tempahan dan pendaftaran ke atas ASX Orange Edition sebelum 31 Julai 2016 akan mendapat rebat tunai sehingga RM8,000.

 

Previous post

Honda Malaysia Panggil Semula 147,894 Unit Kenderaan

Next post

Nama Saab Bersara Buat Selamanya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *