Cerita Auto

Honda Malaysia Sahkan Beg Udara Takata Pecah Dalam Kemalangan Maut Terbaru

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Honda Malaysia telah mengesahkan inflator beg udara pemandu (SDI) Takata pada kereta Honda City 2005 telah pecah akibat dari kemalangan di Kota Damansara pada 26 Jun 2016. Ia menyebabkan kematian pemandu City tersebut. Setakat ini, punca kematian belum dapat disahkan.

Kereta itu juga terlibat dalam ‘recall’ untuk menggantikan inflator beg udara pemandu jenama Takata yang diumumkan pada 21 Mei 2015.

Sejak 2015, kereta itu telah dimasukkan dalam senarai panggil balik untuk menggantikan inflator beg udara pemandu dan penumpang. Tiga notis telah dihantar kepada pemilik. Namun, menurut rekod Honda, kerja pembaikan tidak pernah dilaksanakan.

Honda Malaysia sedang berkomunikasi dengan wakil keluarga pemandu dalam usaha untuk menyelesaikan kebimbangan mereka. Sebagai penghormatan terhadap keluarga terbabit, Honda tidak akan memberikan apa-apa maklumat peribadi.

 

Previous post

Perodua Sumbang RM10,000 Kepada 2 Buah Institusi Pendidikan Islam

Next post

Diskaun Tol 10% Di KLK Dan LPT1, Patuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (ITA) Untuk Elak Kesesakan Sempena Aidilfitri

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *