Berita Auto

Toyota Akan Buka Kilang Baharu Di Klang

UMW Toyota Motor Sdn Bhd ( UMWT ) telah mengumumkan bahawa kilang pembuatan kenderaan keduanya akan dibina di Malaysia dan akan mula beroperasi pada awal 2019.

Kilang pembuatan kereta penumpang baru tersebut akan melengkapkan kilang UMWT yang sedia ada iaitu Assembly Services Sdn Bhd ( ASSB). Ia dilihat sebagai satu keperluan kerana Toyota menjangka pilihan pelanggan akan menjadi lebih pelbagai pada masa hadapan.

Kilang baru tersebut akan dibina di kawasan perindustrian Bukit Raja, Klang dengan keluasan tanah kira-kira 670,000 meter persegi. Ia akan dilengkapi dengan teknologi pengeluaran yang maju yang bersesuaian dengan matlamat utama Toyota untuk mewujudkan fasiliti yang “Mudah, Slim dan Fleksibel” di serata dunia. Ia akan mengenengahkan lima ciri-ciri utama iaitu Berkualiti Tinggi, Kecekapan Yang Lebih Baik, Kemahiran Pekerja Yang Lebih Tinggi, Mesra Pekerja serta Mesra Alam.

UMWT New Plant Project

UMWT positif bahawa kilang baru tersebut akan menyumbang kepada pembangunan industri auto Malaysia dan menyokong Dasar Automotif Negara ( NAP) yang menggalakkan skala pengeluaran kenderaan tempatan yang lebih besar.

Kilang UMWT yang sedia ada akan menjalani kerja-kerja pembaikan serta pelarasan yang dikhususkan untuk pengeluaran kenderaan komersial. Operasi pemasangan kenderaan penumpang di Shah Alam akan dipindahkan ke kilang baru tersebut. Ini akan melonjakkan jumlah pengeluaran kepada kira-kira 90,000 hingga 100,000 unit dari kedua-dua kilang setiap tahun.

Selain itu, Toyota Boshoku UMW, sebuah syarikat usahasama antara UMWT dan Toyota Boshoku Corporation yang membuat kerusi dan komponen dalaman yang lain juga akan beralih ke kilang baru tersebut.

Previous post

Alfa Romeo Kuasai Mille Miglia 2016

Next post

Pengeluaran Siri Pertama Acura NSX 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *