Cerita Auto

Sedan mewah Jaguar XJ Perdana Dilancarkan di Malaysia

Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd (JLRM) hari ini melancarkan sedan mewah Jaguar XJ bersaiz penuh yang dinaik taraf di Malaysia, dengan ciri-ciri baru yang menarik.

Versi terbaru model perdana Jaguar menggabungkan kecantikan, kemewahan halus dan kuasa menyeronokkan dalam satu kenderaan yang tiada bandingan.

XJ baru sedan mewah bersaiz penuh kini lebih dominan dan tegas, dengan jeriji depan baru kelihatan lebih tajam dan lebih yakin. Ditambah lagi dengan lampu penyesuaian penuh LED dengan lampu ekor tersendiri, lampu siang ‘Double J’ yang menarik perhatian.

Jag_XJ_Double J Headlights

Hiburan disediakan oleh 20 pembesar suara Sistem Bunyi Surround 825W Meridian Digital.

Jag_XJ_Brown_Rear

Varian berenjin 240Ps 2.0 liter 4 silinder turbocharged Petrol  berharga dari RM645,000. Pelanggan juga boleh memilih varian berenjin 340PS 3.0 liter V6 Supercharged Petrol yang bermula pada RM830,000 atau 300PS 3.0-liter V6 Turbocharged Diesel dari RM800,000. Harga yang dipaparkan adalah termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.

Jag_XJ_Brown_Corner

Setiap XJ baru datang dengan Jaguar Care, yang terdiri daripada jaminan lima tahun / 150,000km, lima tahun atau 80,000km (enjin 2.0 liter) atau 65,000km (enjin 3.0-liter) servis dan tiga tahun Jaguar Roadside Assistance.

Jag_XJ_Top_Panoramic Glass Roof

Butiran lanjut di  www.jaguar.com.my 

Previous post

Citroen Perkenal Applikasi Talipon: My Citroen

Next post

Ford dan SDAC Tawar Promosi dan Ganjaran Istimewa Sempena Hari Raya

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *