Berita Auto

Rahel Frey Di Tempat Pertama Selepas Menang Di Audi R8 LMS Cup Pusingan Shanghai

Rahel Frey dari Castrol Racing Team mendahului senarai keseluruhan pelumba Audi R8 LMS Cup 2016 selepas mendapat podium di kedua-dua pusingan pembukaan. Pelumba Estonia Martin Rump dari Champion Racing Team mendapat kedudukan kedua keseluruhan, di hadapan pelumba kelahiran Belgium Alessio Picariello daripada MGT Team by Absolute.

2016 Audi R8 LMS Cup Round 2 start

Pada Pusingan 1, Rump memperoleh kemenangan di hadapan Marchy Lee dari Audi Hong Kong dan Frey. Lee terpaksa berhempas-pulas untuk mendapat tempat kedua selepas bermula dari petak kelima, ditambah dengan tekanan dari Frey sepanjang perlumbaan. Lee berjaya mengekang pelumba wanita itu untuk menghabiskan perlumbaan 0.1 saat di hadapannya.

2016 Audi R8 LMS Cup

Juara bertahan Alex Yoong berjaya membaikan kedudukan di tempat keempat setelah bermula dari petak kelapan walaupun mengalami pelanggaran dengan Picariello. Pelumba berusia 21 tahun Pole Jan Kisiel dari KCMG pula berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat keenam.

Alessio Picariello

Pusingan kedua menyaksikan Frey memberi persembahan terbaiknya, menghabiskan perlumbaan di tempat pertama dengan masa terpantas walaupun dengan tambahan berat 20 kg. Di belakangnya, Yoong yang beraksi cemerlang dengan memotong Rump dan Lee terpaksa berpuas hati dengan tempat ketiga selepas tewas di tangan Picariello. Cheng Congfu menebus kekecewaan Pusingan 1 dengan memotong Rump di akhir perlumbaan untuk menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Pit lane Audi R8 LMS Cup Shanghai

Audi R8 LMS Cup 2016 akan kembali untuk pusingan 3 dan 4 pada 23-24 Julai di Litar Antarabangsa Chang di Thailand. Sebelum itu, pasukan Audi yang terdiri dari pelumba-pelumba Asia akan beraksi dalam 24 Hours Nurburgring untuk tahun kedua berturut-turut. Alex Yoong, Marchy Lee dan Cheng Congfu akan menyertai Shaun Thong, yang merupakan sebahagian daripada Program Pembangunan Pemandu Muda Audi, di litar mencabar yang digelar “Green Hell ” pada 26-29 Mei.

 

Previous post

Renault Sport Akan Mendedahkan Clio R.S. 'Istimewa' di GP F1 Monaco

Next post

PDRM Pakai Volkswagen Jetta? Terserempak. Belum Disahkan.

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *