Berita Auto

Jualan April Ford Dipacu Oleh Ranger Baharu

Ford hari ini mengumumkan jualan pada bulan April mencecah 650 unit di Malaysia. Ia dipacu oleh trak pikap Ranger yang tahan lasak dan pintar dengan menyumbang jualan sebanyak 521 unit.

Photo 1

Trak pikap Ranger ‘Built Ford Tough’ menawarkan rangkaian ciri keselamatan yang mendahului kelasnya. Ini merangkumi sehingga enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC) dan cagak tempat duduk keselamatan kanak-kanak ISOFIX sebagai ciri standard untuk semua varian. Di samping kamera pandang belakang pada varian XLT dan WildTrak. Ranger juga menjadi satu-satunya trak pikap di Malaysia yang menawarkan teknologi bantuan pemandu seperti Lane Keeping Aid dan Adaptive Cruise Control. Sekali gus memberi ketenangan minda kepada pemandu.

Dengan kemampuan mengharung air sehingga 800mm, kemampuan menunda dan mengangkut beban yang luar biasa, Ranger sememangnya sebuah trak pikap yang paling berkeupayaan di Malaysia.

“Permintaan ke atas Ranger baharu terus meningkat di seluruh Malaysia kerana pengguna mahukan trak pikap yang menggabungkan aspek ketahanan dan kuasa yang mereka perlukan. Selain tahap kualiti buatan yang biasanya hanya boleh didapati pada kenderaan penumpang premium,” kata Pengarah Urusan Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Company, David Westerman.

April turut menyaksikan Ford dan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion memulakan siri jelajah untuk mempamerkan barisan produk baharu Ford. Siri jelajah itu akan diteruskan pada bulan Mei di AEON Taiping, Perak; Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa (MIECC), Lembah Klang; Boulevard Shopping Mall, Miri, Sarawak dan Imago Mall, Kota Kinabalu, Sabah. Untuk maklumat lanjut, sila layari:www.ford.com.my/ford-roadshows

Photo 3 (1)

Previous post

Goodyear Menyambut Sedekad Menyokong St. John Ambulans Malaysia

Next post

BMW & Toyota Sahkan Z5 Akan Datang

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *