Motosikal / Lain Lain Roda

Honda PCX125 2017 Datang Dengan Lampu LED Dan Enjin Euro 4

Honda PCX125 adalah salah satu skuter yang paling popular di pasaran Eropah, di mana keperluan lesen tempatan memihak kepada enjin bersesaran 125cc. Untuk tahun 2017, model ini telah menerima beberapa penambahbaikan kecil untuk terus menarik minat pembeli di sana.

17YM PCX125

Dari aspek penampilan, tidak banyak yang perlu diubah oleh Honda kerana PCX merupakan skuter yang sedia ranggi di mana reka bentuknya akan kekal moden untuk beberapa tahun akan datang. Bagaimanapun, untuk penyuluhan yang lebih mantap, PCX125 kini didatangkan dengan lampu hadapan LED sepenuhnya sebagai ciri standard.

17YM PCX125

Penambahbaikan kedua pula melibatkan enjin 125 cc nya, di mana ia telah ditala khas untuk menepati piawaian emisi Euro 4 yang baru diperkenalkan. Pembeli tidak perlu gusar kerana prestasi enjin silinder tunggal SOHC itu tidak terjejas – ia masih mampu menjana 12 hp @ 8,500 rpm dan 12 Nm @ 5,500 rpm yang disalurkan melalui transmisi automatik.

17YM PCX125

Menurut Honda, PCX125 mampu memecut sejauh 50 meter dalam masa 5.4 saat dan bergerak sejauh 375 km dengan tangki penuh sebesar lapan liter. Tanpa ciri Idling Stop, skuter tersebut mampu mencatat penggunaan bahan api serendah 47.4 km per liter.

17YM PCX125

 

Honda PCX125 untuk pasaran Eropah boleh didapati dalam warna Pearl Cool White, Pearl Nightstar Black. Moondust Silver Metallic, Pearl Siena Red. Matt Carbonium Grey Metallic dan Pearl Havana Brown. Harga terkini belum diumumkan tetapi dijangka akan dikekalkan seperti sebelum ini.

 

Previous post

Muka Baru Bagi Saingan Sengit Di Pusingan Kelayakan Audi R8 LMS Cup Di Shanghai

Next post

Renault Sport Akan Mendedahkan Clio R.S. 'Istimewa' di GP F1 Monaco

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *