Motosikal

Fast Bikes Sdn Bhd Lancar Empat Model Bonneville Baharu

Fast Bikes Sdn Bhd, pengedar eksklusif motosikal Triumph di Malaysia, hari ini melancarkan empat model Bonneville baharu yang merupakan sebahagian daripada model warisan klasiknya. Model-model tersebut terdiri dari Street Twin, Bonneville T120, T120 Black serta Thruxton R.

SONY DSC

Majlis yang berlangsung di Glasshouse di Taman Seputeh, Kuala Lumpur dihadiri oleh Dato’ Razak Al-Malique Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif Fast Bikes, Fazli Shukor, Pengurus Jualan Nasional Fast Bikes, Panagiotis Mavrikos, Pengerus Teknikal dan Pasca-Jualan Fast Bikes. Turut hadir ialah Mark McConnell, Pengurus Jualan Eksport Serantau untuk Triumph Motorcycles UK Limited serta wakil-wakil pengedar dari Pulau Pinang dan Sarawak.

SONY DSC

Street Twin dikatakan model yang paling kontemporari di antara empat model baharu tersebut. Dikuasakan enjin bertork tinggi bersesaran 900cc, model ini sesuai untuk penunggang yang inginkan gaya peribadi melalui budaya kustom. Ia sebuah motosikal moden yang mengekalkan reka bentuk klasik serta gaya tunggangan yang sesuai untuk kegunaan harian.

SONY DSC

Model seterusnya adalah Bonneville T120 yang mempunyai enjin 1,200cc. Ia mengenengahkan gaya yang tak lapuk dek zaman yang digabungkan dengan teknologi serta ciri-ciri keselamatan yang terkini. Model yang sama juga datang dalam versi T120 Black, di mana perincian-perincian berwarna hitam mati digunakan seperti model asal yang dikeluarkan pada tahun 1959.

SONY DSC

Thruxton R pula diinspirasikan oleh kejayaan Triumph dalam siri-siri perlumbaan serta gaya cafe racer yang kian popular. Motosikal berkuasa 1,200cc itu menawarkan pengendalian berkualiti serta prestasi kukuh yang bersesuaian dengan namanya.

SONY DSC

Model Bonneville 2016 akan menjadi model pertama yang menawarkan ciri-ciri seperti ABS, pendikit ride-by-wire, traction control, sistem penyejukan cecair, dan bagi model-model 1,200cc, cakera brek berkembar. Model-model baharu ini juga boleh didapati dengan lebih 470 alat ganti dan aksesori, serta kit-kit gaya peribadi yang direka khas. Selain itu, setiap model juga didatangkan dengan casis dan pakej suspensi tersendiri serta pakej teknologi yang berfokuskan kepada kepuasan penunggang.

SONY DSC

Model Street Twin boleh didapati dalam warna Aluminium Silver, Cranberry Red, Jet Black dan Phantom Black pada harga RM55,000.

SONY DSC

Bonneville T120 ditawarkan dalam warna Jet Black, Cinder Red, Cranberry Red Aluminium Silver dan Jet Black Pure White (dwi-tona), manakala T120 Black datang dalam warna Matt Graphite dan Jet Black. Kedua-dua model ini berharga RM79,900.

SONY DSC

Thruxton R boleh didapati dalam warna Silver Ice, Matt Red dan Diablo Red pada harga RM91,900. Semua harga yang disebut tidak termasuk kos atas jalan serta insurans.

Previous post

LC [Line Clear Nasi Kandar] Restaurant Kampung Baru. Jejak Makan ROSS Eat Beat Ep. 29

Next post

Isuzu Lancar D-Max Beast Edisi Terhad - Harga Dari RM119,559

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *