Berita Auto

Ford S-MAX Serba Baharu yang Pintar dan Versatil Kini Tiba di Malaysia

Ford dan pengedar tempatannya, Sime Darby Auto Connexion hari ini secara rasmi melancarkan MPV S-MAX serba baharu di Malaysia.

Padat dengan teknologi pintar dan dilengkapi tujuh beg udara, S-MAX direka untuk menawarkan kemudahan terbaik buat seisi keluarga. Ia juga merupakan MPV paling berkuasa dalam kelasnya. Terima kasih kepada enjin 2.0L EcoBoost baharu yang efisien dan mampu menjana kuasa mencecah 240PS.

Ford C-Max & S-Max, Mallorca Photo: James Lipman / jameslipman.com

Ditawarkan pada harga RM234,988.00 seunit di atas jalan tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia dan RM238,288.00  di Malaysia Timur, S-MAX serba baharu didatangkan dalam tiga pilihan warna elegan: putih (Frozen White), perak (Moondust Silver) dan kelabu (Magnetic Grey).

“S-MAX cukup sesuai untuk mereka yang mahukan ruang ekstra, praktikaliti dan tahu menghargai lebih daripada sebuah kenderaan keluarga,” kata Pengarah Urusan Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, David Westerman. “S-MAX menawarkan versatiliti, gaya, keselesaan, kecekapan dan prestasi yang tiada tandingan dalam segmennya.”

Sama ada bercuti bersama keluarga ke Cameron Highlands atau meluangkan masa hujung minggu dengan anak-anak, S-MAX boleh menempatkan tujuh orang penumpang dengan selesa. Melalui ciri Easy-Fold pada tempat duduk kedua dan ketiga, ia berupaya menawarkan 32 kombinasi untuk ruang kargo dan tempat duduk. Sistem itu membolehkan semua tempat duduk baris kedua dan ketiga di belakang dilipat rata dengan hanya perlu menekan satu butang pada panel kawalan. Sekali gus menawarkan ruang luas untuk peralatan sukan atau pembelian produk DIY yang besar.

S-MAX_06

Pakej keselamatan yang komprehensif memberi ketenangan minda kepada pemandu. Ia merangkumi tujuh beg udara, dilengkapkan lagi dengan Electronic Stability Control (ESC) Ford, ABS serta teknologi keselamatan lain seperti cagak tempat duduk kanak-kanak, ISOFIX. Baru-baru ini, S-MAX menerima penarafan keselamatan lima bintang daripada badan penguatkuasaan pelanggaran bebas Euro NCAP.

Ciri keselamatan itu disempurnakan lagi dengan rangkaian teknologi pintar seperti sistem ketersambungan yang diaktifkan oleh suara SYNC 2 Ford. SYNC 2 membantu pemandu memastikan mata mereka fokus ke atas jalan raya dan tangan terus memegang stereng. Sistem termaju itu menampilkan skrin sentuh warna beresolusi tinggi bersaiz 8 inci. Di samping kawalan suara untuk mengoperasikan radio, suhu dan menyambungkan fungsi telefon pintar secara bebas tangan.

“Dengan pelbagai kombinasi tempat duduk, ruang fleksibel dan ciri-ciri yang menarik, S-MAX serba baharu ialah sebuah kenderaan pelbagai guna yang ideal buat keluarga di Malaysia,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

S-MAX_05

S-MAX merupakan satu-satunya MPV dalam kelasnya yang menawarkan tempat duduk dengan ciri pemanas dan penyejuk sebagai standard. Boleh dilaras sebanyak lapan cara, tempat duduk Ford Multi-Contour itu mempunyai fungsi urutan Active Motion. Ia pasti dapat mengurangkan keletihan dan lenguh buat pemandu serta penumpang dengan memastikan aliran dalah dan otot dirangsang oleh pergerakan gelombang unik yang dihasilkan oleh gelembung kusyen di dalam tempat duduk berkenaan.

Satu sistem yang canggih akan memantau tekanan setiap kusyen tersebut dan membuatkannya berasa seperti satu penggelek yang mengurut bahagian belakang anda. Dua talaan berbeza boleh dipilih di skrin sentuh yang terletak di bahagian tengah kenderaan.

S-MAX_04

S-MAX menggunakan kamera, radar dan peranti ultrasonik yang menawarkan teknologi pemanduan luar biasa. Ini bagi membantu pemandu memandu dan mengawal kenderaan dengan selamat. Ini termasuklah:

  • Lampu utama Adaptive LED dan teknologi lampu tinggi bebas silau (Glare-Free Highbeam Technology) – mengubah suai sudut dan kepadatan lampu tinggi
  • Lane Keeping Alert dan Bantuan – memberi amaran kepada pemandu sekiranya penukaran laluan dibuat secara tidak sengaja dan membawa kenderaan kembali ke jalan yang selamat
  • Driver Alert – memantau corak dan tanda-tanda pemanduan yang berbahaya, memberi amaran kepada pemandu untuk berehat
  • Sistem Curve Control dan Roll Stability Control – berfungsi meningkatkan kestabilan kenderaan dengan mengubah suai kuasa tork enjin dan brek untuk membantu pemandu mengekalkan kawalan

 S-MAX_07

Untuk maklumat lanjut dan menempah sesi pandu uji S-MAX serba baharu, layari laman web: www.ford.com.my

Ford C-Max & S-Max, Mallorca Photo: James Lipman / jameslipman.com

Previous post

Kereta Keselamatan MotoGP, BMW M2 Dilengkapi Dengan Tayar Michelin Pilot Sport Cup 2

Next post

BMW M2 vs Mercedes-Benz AMG A45: Perbezaan Terbesar

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *