Berita Auto

Ford Focus Baharu Terus Maju Ke Hadapan. Semakin Seronok untuk Dipandu.

Ford dan pengedar tempatannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini secara rasmi melancarkan Focus baharu di Malaysia. Bergaya, padat dengan rangkaian teknologi pintar dan dikuasakan oleh enjin petrol EcoBoost 1.5 liter, ia merupakan sebuah kereta kompak paling berkuasa di Malaysia.

Focus baharu ditawarkan pada harga RM118,888 seunit (di atas jalan tidak termasuk insurans) di Semenanjung Malaysia dan RM123,388 di Malaysia Timur untuk varian Trend. Ia hadir dalam enam warna menarik iaitu putih (Frozen White), hitam (Panther Black), perak (Ingot Silver), merah (Candy Red), kelabu (Magnetic) dan biru (Winning Blue).

“Focus baharu menggabungkan teknologi pintar dan keselamatan bersama prestasi serta penjimatan bahan api enjin EcoBoost 1.5 liter yang tiada tandingannya. Ia pasti dapat menawarkan pengalaman pemanduan yang cukup mengujakan,” kata Pengarah Urusan Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Company, David Westerman.

Enjin EcoBoost 1.5 liter empat silinder pada Focus baharu merupakan enjin yang paling berkuasa dalam kelasnya – ia mampu menjana kuasa impresif mencecah 180PS dan tork 240Nm. Penghantaran kuasa ini dibantu oleh transmisi automatik enam kelajuan SelectShift baharu yang ringan dan efisien. Sementara paddle shifter yang diletakkan di bahagian belakang stereng memberikan pemanduan sporty yang sebenar.

Dilengkapi sehingga enam beg udara, Focus baharu memberikan pemandu lebih keyakinan bersama pelbagai teknologi bantuan pemandu seperti Enhanced Transitional Stability. Teknologi itu mampu menjangkakan gelinciran dan bertindak lebih awal untuk mengelak daripada kemungkinan berlakunya masalah hilang kawalan dan meningkakatkan ciri Active City Stop. Focus juga menjadi satu-satunya model kompak yang menampilkan sistem Active Park Assist yang telah dipertingkatkan dan Blind Spot Information System (BLIS) dengan  Cross Traffic Alert.

“Focus baharu telah mengalami evolusi pada hampir semua segi – reka bentuk, teknologi pintar, dinamik pemanduan, rangkaian kuasa dan kehalusan buatannya. Kami yakin semua ini akan menguatkan lagi tarikannya kepada pelanggan di Malaysia,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Launch of New Ford Focus

Teknologi tercanggih

Focus baharu menampilkan banyak teknologi tercanggih untuk membantu pemandu kekal berhubung dan sentiasa berada dalam kawalan.

Antara yang paling penting ialah sistem ketersambungan di dalam kereta SYNC™ 2 generasi terkini Ford. Ia terdiri daripada skrin sentuh warna bersaiz lapan inci yang boleh mengoperasikan telefon, sistem hiburan dan kawalan suhu dengan menggunakan arahan suara yang mudah.

Focus baharu hadir bersama sistem parkir bebas tangan pintar dikenali sebagai Enhanced Active Park Assist. Sistem itu dibina berasaskan kepada Parallel Park Assist dengan tambahan ciri Perpendicular Park Assist. Sebaik sahaja diaktifkan, sistem itu akan mengimbas ruang parkir di antara kereta-kereta lain. Selepas ruang parkir dikenal pasti, sistem akan mengambil alih stereng dan membawa kenderaan masuk ke ruang tersebut. Pemandu hanya perlu mengawal gear, brek dan pendikit minyak.

Perpendicular Park Assist menggunakan dua alat pengesan ultrasonik baharu pada bahagian belakang kereta yang juga berfungsi mengaktifkan sistem Park-Out Assist. Park-Out Assist memudahkan urusan keluar dari ruang parkir selari dengan mengawal stereng. Pemandu hanya perlu mengawal brek dan pedal minyak.

Ketika mengundur dari ruang parkir menegak, Cross Traffic Alert menggunakan tiga bentuk amaran untuk memberitahu pemandu sekiranya ia mengesan ada kenderaan yang mendekat, sama ada dari arah kiri atau kanan dengan jarak sehingga 40 meter.

Focus baharu membantu pemandu supaya kekal peka dengan persekitaran mereka melalui ciri Blind Spot Information System (BLIS). Menggunakan teknologi radar, BLIS memberi amaran kepada pemandu apabila pengguna jalan raya yang lain berada di dalam titik buta dengan menyalakan lampu LED pada cermin sisi.

Ketika memandu di kawasan bandar dengan kelajuan sehingga 50km/j, sistem Active City Stop boleh membantu untuk menghalang berlakunyakemalangan dalam kelajuan rendah. Menggunakan satu alat pengesan yang dipasang pada cermin utama untuk mengesan kenderaan yang membrek, bergerak perlahan atau berhenti di hadapan, sistem ini akan terlebih dahulu menekan brek sekiranya Focus mend mengurangkan kuasa tork enjin dan menekan brek secara automatik untuk meminimumkan impak pelanggaran.

Focus baharu juga membolehkan pemandu menggalakkan tabiat pemanduan selamat, biarpun ketika mereka tidak memandu melalui ciri Ford MyKey. Para pemilik Focus baharu boleh memprogramkan kunci simpanan untuk mengurangkan kelajuan maksimum, mendapat amaran awal tentang takat bahan api, mengehadkan suara sistem hiburan di dalam kereta atau mematikannya terus jika tali pinggang keledar tidak dipakai. Teknologi ini boleh memberi lebih jaminan kepada pemilik apabila meminjamkannya kepada pemandu yang kurang berpengalaman.

New Focus Int RHD_Drivers Seat

Efisien, berkuasa dan seronok dipandu

Enjin 1.5 liter EcoBoost dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan SelectShift yang baru, moden, ringan dan efisien. Ia menawarkan prestasi yang cemerlang, lancar dan menjimatkan bahan api. Kawalan paddle shift membolehkan pemandu menukar kedudukan gear tanpa perlu menggerakkan tangan daripada stereng untuk pengalaman pemanduan yang lebih berprestasi.

Enjin ini menggunakan teknologi utama EcoBoost iaitu pengecas turbo, pancitan bahan api terus bertekanan tinggi dan pemasaan injap boleh ubah bebas berkembar (Twin-independent Variable Cam Timing) demi menawarkan prestasi yang optimum.

Ketika dipandu, Focus baharu membawakan DNA dinamik pemanduan dan keseronokan ke satu tahap baru dengan pengendalian yang telah dipertingkatkan. Terima kasih kepada suspensi dan penyerap hentak yang ditala dengan berhati-hati untuk membuatkan kereta ini berasa lebih mantap serta responsif.

Sistem Electric Power Assisted Steering (EPAS) yang lebih tepat nyata meningkatkan pengalaman pemanduan. Ia juga mengurangkan rasa redaman yang tidak perlu dan menawarkan maklum balas terbaik kepada pemandu.

New Focus Int_MyKey

Reka bentuk sofistikated

Reka bentuk luaran bergaya menawarkan tahap sofistikasi yang baru dan disempurnakan dengan ruang dalaman moden. Memberi perhatian kepada maklum balas pelanggan sedia ada Focus, pasukan reka bentuk Ford menghasilkan ruang dalaman yang lebih ringkas dan intuitif. Ini membolehkan pemandu mengawal ciri-ciri kenderaan dengan mudah.

Rekaan dalaman yang ringkas menawarkan ruang lebih luas. Jadi, Focus kini hadir bersama lebih banyak pilihan ruang penyimpanan untuk memberikan pengalaman pemanduan yang selesa. Konsol ubah suai boleh menempatkan pelbagai bentuk botol minuman dan cawan. Ruang itu juga boleh menempatkan botol minuman berkapasiti 1 liter dan cawan 400ml.

Focus baharu menawarkan tahap kualiti kesenyapan kabin yang mengagumkan. Ini adalah hasil penggunakan material penyerap bunyi seperti kaca cermin utama, kaca tingkap dan karpet lebih tebal, peningkatan penebat pada kemasan pintu dan enjin agar lebih senyap.

Harga Focus baharu di atas jalan tidak termasuk insurans ialah:

  • Focus Trend (5 pintu): RM118,888 di Semenanjung Malaysia / RM123,388 di Malaysia Timur
  • Focus Titanium+ (4 pintu) dan Sport+ (5 pintu): RM139,888 di Semenanjung Malaysia / RM144,588 di Malaysia Timur

Selain dari itu, semua pemilik kenderaan Ford juga kini boleh menikmati rebat tunai sebanyak RM3,000 apabila mereka membeli Ford Focus baharu mulai hari ini hingga 30 April 2016.

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.ford.com.my.

New Focus Ext_Rear Spoiler

Previous post

Bowery Petit @ TTDI KL #JejakMakanRoss 017

Next post

Mercedes-Benz Menambahkan Ahli Keluarga C-Class

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *